• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umat Islam Perlu Bijak Tangani Islamofobia

oleh Ahmad Albab
18/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DHAKA – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu umat Islam menjunjung prinsip kesederhanaan dalam menangani isu Islamofobia.

Titah baginda Islam mementingkan aspek kesederhanaan yang menjadi teras dakam kehidupan umatnya.

“Islamofobia mesti ditangani dengan lebih berkesan melalui sikap wasatiah yang menjunjung prinsip kesederhanaan,” titah baginda di hadapan kira-kira 150 masyarakat Malaysia di Bangladesh, di sini pada Isnin malam.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah demikian pada program Liqa Mawaddah anjuran MAIPs di Kurmitolla Golf Club di sini.

Titah baginda MAIPs sedang mengambil pendekatan mengajak umat Islam di luar negara sentiasa bersikap sederhana melalui program Liqa Mawaddah bersama masyarakat Malaysia di luar negara.

Antara pengisian program ialah tazkirah khas oleh Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin bertajuk ‘Wasatiah: Bagaimana Islam mendisiplinkn penganutnya dengan peraturan’.

Bersempena program itu Tuanku Syed Faizuddin turut menyampaikan sumbangan MAIPs untuk Tabung Ibnu Sabil berjumlah RM5,000 kepada pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh melalui Setiausaha Pertama, Idham Zuhri Mohd Yunus.

Tabung itu bertujuan membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kecemasan termasuk kes terkandas di Bangladesh.

Selain di Bangladesh, program sedemikian juga pernah dianjurkan oleh MAIPs di London, Riyadh, Jeddah, Kuwait, Muscat, Doha dan Dubai.

Hadir sama pada majlis itu ialah Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Azmi Abdul Hamid dan Pengerusi Daffodil International University Bangladesh, Sabur Khan.

Raja Muda Perlis berada di Bangladesh selama empat hari sejak Ahad bagi mengetuai misi kemanusiaan membabitkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan berkaitan pelarian termasuk meninjau kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar. – BERNAMA

Tags: IslamofobiaRaja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Lengkapkan Siasatan Kes Siti Dhia Batrisyia

Resolusi Perangi Islamofobia Di PBB Dapat Sokongan Majoriti

17/03/2024
0

NEW DELHI - Resolusi yang dibawa Pakistan bagi memerangai Islamofobia diterima Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) selepas mendapat...

Bakar Al-Quran Di Sweden: Malaysia Gesa Perangi Islamofobia

Bakar Al-Quran Di Sweden: Malaysia Gesa Perangi Islamofobia

23/01/2023
0

Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa untuk bekerjasama memerangi sentimen Islamofobia dan menggalakkan hubungan harmoni serta kewujudan bersama secara aman dalam kalangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd