• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ubah SOP Konvoi Permotoran Anggota Keselamatan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Prosedur Operasi Standard (SOP) konvoi permotoran anggota keselamatan diubah bagi mengelakkan kemalangan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata peserta konvoi juga perlu mengamalkan disiplin tinggi kerana kebiasaannya kemalangan berpunca daripada keletihan.

“Saya harap agar SOP konvoi diubah di samping diikuti dengan disiplin yang tinggi oleh peserta dan juga anggota yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menziarahi keluarga Allahyarham Sarjan Mejar Abdul Hakim Samingan, 54, di Kampung Darat Rajawali, di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Allahyarham dan rakannya Koperal I. Suresh, 36, maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangi mereka terbabit dalam kemalangan di Km139, Jalan Kuala Terengganu- Kuantan, dekat Teluk Kalung pada Khamis lepas (12 Okt).

Dua anggota trafik tersebut bersama-sama tujuh pegawai dan 18 anggota trafik lain ketika itu menjalani Latihan Dalam Perkhidmatan menunggang motosikal berat jarak jauh dari Mersing, Johor ke Kuala Terengganu.

“Saya mewakili kerajaan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan rakyat Malaysia melafazkan rasa simpati kami kepada keluarga Allahyarham dan mendiang yang meninggal dunia di dalam tugas,” kata timbalan perdana menteri.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kebajikan keluarga anggota dan pegawai polis sentiasa diutamakan dan menurutnya beliau telah mengarahkan PDRM menyegerakan bayaran yang sepatutnya kepada anggota dan pegawai polis yang meninggal dunia semasa bertugas. – BERNAMA

Tags: keselamatankonvoi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

BANJIR BESAR: Agong, Raja Permaisuri Agong Doakan Keselamatan Rakyat Malaysia Di Nepal

BANJIR BESAR: Agong, Raja Permaisuri Agong Doakan Keselamatan Rakyat Malaysia Di Nepal

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa prihatin serta mendoakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd