• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukang ‘Kerat’ Mungkin Ke Tali Gantung

oleh Ahmad Albab
05/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WARGA Bangladesh, Abdul Rahim, 49, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini, atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya berpunca akibat tidak berpuas hati dengan jualan kuih, bulan lalu.

Tertuduh mengangguk faham dengan pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Melayu di depan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh sehingga menyebabkan kematian Md Abdur Razak, 31.

Perbuatan itu dilakukan di tingkat tujuh, Flat Taman Bunga Negara, Seksyen 27, Shah Alam, kira-kira jam 12 tengah hari, 21 September lalu.

Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muaz Ahmad Khairuddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Siti Shakirah menetapkan sebutan semula kes pada 7 Disember ini.

Harian Metro 26 September lalu melaporkan, akibat tidak berpuas hati kerana jualan kuih lebih laris, seorang lelaki sanggup membunuh rakan senegaranya menggunakan tukul besi sebelum mayatnya dikerat kepada beberapa bahagian dan dibuang ke longkang, pada hari sama.

Mayat mangsa ditemui dalam balutan plastik dan guni dalam longkang di Persiaran Kuala Langat di belakang Masjid Baitul Mahabbah, Seksyen 27. – myMetro Online

Tags: kes bunuhwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak semua persatuan penjaja dan peniaga boleh diharapkan dalam usaha...

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd