• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukang Gunting Rambut Ini Ada 378 Kereta Mewah

oleh
12/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Menjadi tukang gunting dianggap sebagai kerjaya yang tidak menghasilkan banyak wang, namun siapa sangka, ada menjadi jutawan dan mampu membeli ratusan kereta mewah.

Justeru kisah Ramesh Babu, seorang tukang gunting warga India yang berasal dari Bangalore, India mencetuskan sensasi dalam kalangan netizen apabila beliau dilaporkan hidup kaya dengan memiliki sebanyak 378 buah kereta.

Laman rushlane melaporkan antara koleksi kenderaan tersebut ialah Rolls Royce Ghost, BMW 7-series, Mercedes S Class, E Class, Viano, BMW 5 Series, Toyota Camrys, Honda Accords dan beberapa Honda CR-Vs.

Terbaharu, Babu membeli Mercedes Maybach S600 berharga 26.5 juta rupee (kira-kira RM1.7 juta) berenjin V12 dengan 6.0 liter yang juga dilengkapi pelbagai fasiliti mewah serta kuasa 530 bhp dan torsion 830 Nm.

Kisah kejayaannya bermula ketika beliau berusia tujuh tahun setelah bapanya meninggal. Babu melakukan pelbagai kerja sehingga pada awal 1990-an beliau berjaya membuka tempat gunting rambut sendiri untuk menyara hidup.

Pada 1993, Babu membeli kereta pertamanya iaitu Suzuki Maruti Omni, hasil usaha wang tabungannya selama menjadi tukang gunting. Demi menambah pendapatan, beliau menyewakan kenderaan itu kepada masyarakat.

Tahun demi tahun, kegigihannya bekerja sama ada sebagai tukang gunting dan penyewa kereta terus berkembang maju sehingga Babu mampu membeli sebanyak enam buah kereta pada 2004 lalu sebelum menjadi jutawan.

Meskipun sudah bergelar hartawan dan selesa memiliki banyak kereta mewah, Babu tetap bertugas sebagai tukang gunting. Beliau cuma mengenakan caj 100 rupee atau RM6 untuk setiap perkhidmatan gunting rambut gaya biasa.

Selebihnya datang daripada operasi kereta sewa yang beliau buat lebih dua dekad lalu termasuk penyewaan khusus kenderaan mewah dimilikinya. Sebagai contoh, Rolls-Royce disewa dengan harga 50,000 rupee (RM3,000) sehari.

Lebih hebat lagi, pelanggannya bukan sembarangan. Kebanyakan dari kalangan artis antaranya Salman Khan, Aishwarya Rai, Aamir Khan malah tokoh terkenal iaitu Raja Saudi, Salman Abdulaziz. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: rambuttukang gunting
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Opick Diberi Amanah Simpan Rambut Rasulullah SAW

13/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Rezeki berpihak kepada penyanyi lagu ketuhanan dari Indonesia, Opick apabila diberi kepercayaan untuk menjaga sehelai rambut milik...

Rambut Wanita Beku Akibat Cuaca Sejuk

05/02/2019
0

DES MOINES - Seorang wanita berkongsi klip rakaman video di laman sosial Twitter yang menunjukkan rambut basahnya beku di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd