Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Bekas Pengarah Penyiaran Sabah...

KOTA KINABALU - Bekas Pengarah Penyiaran Sabah, Datuk Jumat Engson, 65, meninggal dunia...

PKRC 2.0 Maeps Ditutup

PETALING JAYA : Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) 2.0 di...

SPR Adakan Mesyuarat Khas...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai...

Pemilik Van, Maahad Tahfiz...

KOTA BHARU - CT-One Corporation Sdn Bhd dan Maahad Tahfiz Al-Hashimi hari ini...

Tujuh Penyokong Perak Didenda RM500

IPOH – Tujuh penyokong Perak didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah terlibat dalam pergaduhan setelah tamat separuh akhir pertama Piala Malaysia Perak menentang JDT di Stadium Perak Ahad lalu.

Kesemua tertuduh Mohd Noramin Anuar, 29, Wan Nazirul Shahpri Wan Mazran, 23, Daim Mokhtar, 18, Muhammad Afif Ashrani Muhsin, 24, Muhammad Arif Ashraf Muhsin, 21, Mohd Mansur Mat, 28 dan Muhammad Aizat Ariff Fadilah, 25, membuat pengakuan itu setelah pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Hanum Mohmad Sah.

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara tujuh hari jika mereka gagal bayar denda, bagaimanapun kesemua tertuduh membayar denda itu.

Mereka didakwa melakukan gaduh gempar setelah tamat perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia Perak menentang JDT di pintu F, Stadium Perak di sini kira-kira 10.50 malam, Ahad lalu (15 Okt) mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara hingga enam bulan atau denda hingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar manakala kesemua tertuduh diwakili peguam masing-masing. – BERNAMA

Kategori