• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Bawa Laporan Kelemahan Kawalan Sempadan Ke MKN

oleh Ahmad Albab
08/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membawa laporan wawancara sebuah akhbar berbahasa Melayu hari ini mengenai kelemahan kawalan keselamatan di kawasan sempadan negara kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Selasa depan.

Timbalan Perdana Menteri berkata hasil wawancara bersama Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Datuk Yaacob Md Sam itu perlu diberi kepedulian dengan lebih serius supaya masalah berkenaan tidak berlanjutan.

“Terdapat kawasan sempadan di negara ini yang memerlukan (peralatan canggih) seperti dron, penggunaan radar dan kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengawasi sempadan daripada diceroboh.

Saya ingin memberikan respons yang positif terhadap wawancara itu kerana bagi saya, perkara itu telah saya bangkitkan beberapa kali dalam msyuarat terutamanya apabila isu keselamatan di sempadan dibangkitkan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Deepavali 2017 kepada lebih 800 penerima bagi kawasan Parlimen Bagan Datuk di sini hari ini.

Mengulas lanjut Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ketika ini hanya 35 peratus kawasan sempadan mempunyai tembok dan pagar berduri.

“Saya bersetuju dengan pengerusi suruhanjaya berkenaan bahawa penyeludup-penyeludup tidak hanya melalui ICQS (Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan) tetapi tentunya melalui pagar-pagar berduri yang tidak diselenggara dengan baik yang menyebabkan mereka senang masuk ke sempadan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kerana kawasan sempadan negara seperti di Kelantan terletak di bawah tanggungjawab Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selain ia turut dikawal oleh Pasukan Gerakan Am (PGA).

Sehubungan itu, beliau berkata penyelarasan perlu dilakukan bukan hanya secara berkala, tetapi kerjasama secara pengendalian setiap masa seperti yang dilaksanakan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah.

“Jadi, adalah tidak mustahil kalau saya dapat bersama-sama mengkoordinasikan dengan Menteri Besar Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis kerana masalah sempadan ini dikongsi bersama kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri melalui agensi persekutuan yang dikoordinasikan oleh saya sendiri,” katanya. – BERNAMA

Tags: Keselamatan SempadanMKN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekalan Sotong Di Terengganu Selamat Dimakan

Next Post

Gambar Zulin Aziz Pula Diedit Jadi ‘Stok’ Puaskan Nafsu!

Related Posts

PN Mohon Longgarkan SOP Kempen

19/02/2022
0

MASJID TANAH: Perikatan Nasional (PN) berharap Majlis Keselamatan Negara (MKN) melonggarkan lagi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kempen Pilihan Raya...

KKM, MKN Perlu Dinamik Buat Keputusan SOP Jemaah Umrah

27/01/2022
0

Kuala Lumpur : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu sentiasa dinamik dalam membuat keputusan berkaitan prosedur...

Next Post

Gambar Zulin Aziz Pula Diedit Jadi 'Stok' Puaskan Nafsu!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd