• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tolak Permohonan Dr Ting Mengetepikan Rayuan DUN

oleh AK-47
04/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan memutuskan rayuan yang difailkan Peguam Negeri Sarawak bagi pihak Dewan Undangan Negeri berhubung keputusan Mahkamah Tinggi mengekalkan Dr Ting Tiong Choon sebagai anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pujut, adalah sah.

Ini berikutan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Dr Ting untuk mendapatkan notis rayuan DUN diketepikan atas alasan ia telah cacat.

“Kami berpandangan, mengenai fakta dan keadaan kes itu, rayuan yang dibuat Peguam Negeri mewakili Dewan Undangan negeri adalah kompeten,” kata Hakim Datuk Rohana Yusuf yang mempengerusikan panel itu.

Turut bersidang Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Suraya Othman.

Kes itu dibawa kepada Pendaftar Mahkamah hari ini yang kemudiannya menetapkan 26 Okt bagi pendengaran rayuan. Mahkamah rayuan akan bersidang mengenai perkara itu di Kuching, Sarawak.

Sementara itu, mahkamah yang sama juga menolak permohonan Dr Ting untuk mengetepikan notis rayuan yang difailkan Speaker, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Peguam Dr Ting, Tan Kee Heng berhujah notis rayuan yang dibuat Peguam Negeri Sarawak bagi pihak Dewan Negeri itu adalah cacat kerana Peguam Negeri tidak mempunyai kuasa untuk memfailkan rayuan itu, untuk bertindak dan membuat keputusan untuk Dewan Negeri.

Beliau berkata arahan Setiausaha Dewan kepada Peguam Negeri Sarawak untuk memfailkan rayuan itu adalah tidak sah dan tidak berkesan mengikut undang-undang.

Tan berkata ia perlu diputuskan 82 anggota Dewan Undangan Negeri sama ada Dewan Undangan Negeri harus memfailkan rayuan itu namun Dewan Undangan Negeri tidak bersidang untuk mendengar dan membahaskan dapatan Mahkamah Tinggi dan memutuskan sama ada untuk membuat rayuan.

Katanya Dewan Undangan Negeri dan Peguam Negeri adalah entiti berasingan kerana Peguam Negeri adalah anggota eksekutif dan tidak boleh mewakili badan perundangan kerajaan.

Timbalan Peguam Negeri Sarawak Saferi Ali berkata Dewan Undangan Negeri berhak untuk memfailkan notis rayuan kerana ia telah terjejas dengan keputusan Mahkamah Tinggi.

Beliau berkata Peguam Negeri yang bertanggungjajwab menjaga kepentingan Dewan, perlu masuk campur bagi mempertahankan Dewan Negeri.

Rayuan yang difailkan Peguam Negeri tidak cacat, kata Saferi.

Pada 12 Mei, Dewan Undangan Negeri Sarawak memutuskan dengan undi majoriti, untuk melucutkan kelayakan Dr Ting sebagai ADUN Pujut kerana mempunyai kewarganegaraan Australia dan Malaysia.

Dr Ting, 52, memfailkan saman pemula bagi mencabar perlucutan kelayakannya dan pada 17 Jun tahun ini, Mahkamah Tinggi Kuching membenarkan tuntutannya dan mengembalikannya sebagai ADUN Pujut.

Speaker, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Kewangan Kedua Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh, Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Suruhanjaya Pilihan Raya dinamakan sebagai responden.

Di luar mahkamah, peguam bela Chong Siew Chiang yang mewakili Dr Ting berkata pasukan peguamnya akan mendapatkan arahan daripada Dr Ting sama ada untuk membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan.- BERNAMA

Tags: Dr Ting Tiong Choon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

19 Jun Keputusan Pelucutan Kelayakan ADUN Pujut

11/06/2017
0

KUCHING - Keputusan berhubung saman difailkan Dr Ting Tiong Choon daripada DAP terhadap perlucutan kelayakannya sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd