• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Rakyat Malaysia Dalam Kejadian Tembakan

oleh AK-47
03/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam kejadian serangan tembakan di konsert muzik di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) di mana lebih 50 orang dilaporkan maut dan beratus lagi cedera pada Ahad malam.

Setiausaha Akhbar Wisma Putra, Datin Nirvana Jalil Ghani berkata pihaknya telah menghubungi Kedutaan Malaysia di AS bagi mengesahkan maklumat itu termasuk untuk mendapatkan perkembangan lanjut insiden berkenaan.

“Setakat ini tiada orang Malaysia yang terbabit,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Berdasarkan laporan terkini media AS, sekurang-kurangnya 50 orang maut akibat terkena tembakan dan lebih 200 orang lagi cedera selepas seorang lelaki berumur 64 tahun melepaskan tembakan ke arah ribuan pengunjung konsert muzik terbuka di luar Hotel Mandalay Bay, Las Vegas.

Jurucakap polis Joe Lombardo pada sidang akhbar berkata, suspek utama menggunakan senapang automatik dan melepaskan tembakan dari tingkat 32 hotel berkenaan ke arah pengunjung.

Suspek berjaya dibunuh selepas polis mengesannya.

Media tempatan melaporkan kejadian berlaku pada pukul 11.30 Ahad malam yang menyaksikan ratusan das tembakan dilepaskan oleh penyerang tunggal itu. – BERNAMA

Tags: Datin Nirvana Jalil GhaniInsiden Tembakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Ke-11 Insiden Tembakan Di Los Angeles Meninggal Dunia

Mangsa Ke-11 Insiden Tembakan Di Los Angeles Meninggal Dunia

24/01/2023
0

GLOBAL | Mangsa kesebelas kejadian tembakan di Monterey Park di California, Amerika Syarikat meninggal dunia di sebuah pusat perubatan, lapor...

10 Maut Dalam Insiden Tembakan Di Walmart Virginia

10 Maut Dalam Insiden Tembakan Di Walmart Virginia

23/11/2022
0

VIRGINIA: Satu insiden tembakan berlaku di pasar raya Walmart di Chesapeake, di sini menyaksikan sekurang-kurangnya 10 orang maut dan sejumlah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd