Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Malaysia Jalin Hubungan Seimbang...

SINGAPURA - Malaysia menjalin hubungan yang seimbang dengan China dan Amerika Syarikat, kata...

ADUN Aulong Tarik Saman...

IPOH - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong daripada DAP, Leow Thye Yih...

Pencuri Kabel Tembaga Parah...

BESUT - Seorang lelaki berumur 30 tahun, yang menceroboh sebuah sekolah untuk mencuri...

‘Saya Yang Menurut Perintah’...

MELAKA – Mentaliti 'Saya yang menurut perintah' seperti yang meresap luas terutama dalam...

Tiada Keperluan Laporan Kajian Terowong Dasar Laut

GEORGE TOWN – Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd menegaskan tiada keperluan mendesak untuk pihaknya menyerahkan segera laporan kajian projek terowong dasar laut Pulau Pinang kepada Kementerian Kerja Raya buat masa ini.

Pengarah Eksekutif Kanannya, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli berkata, ketika ini kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut itu telah mencapai kemajuan 92.9 peratus.

“Pihak Zenith ketika ini menumpukan segala sumber dalam melaksana projek jalan utama iaitu Lebuhraya Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan Laluan Berkembar Pesisiran Pantai Utara yang menghubungkan Tanjung Bungah ke Teluk Bahang.

“Untuk projek jalan utama itu, kami juga masih menunggu kelulusan penilaian kesan alam sekitar (Jadual Kedua) daripada Jabatan Alam Sekitar dan setelah dua projek itu dimulakan, barulah Zenith tumpukan perhatian untuk menyiapkan laporan kajian projek terowong dasar laut Pulau Pinang,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri ,Lim Hock Seng dan Pengerusi Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd, Tan Sri Azmi Khalid.

Semalam akhbar melaporkan kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berhubung kegagalan kerajaan negeri menyerahkan kajian projek terowong dasar laut Pulau Pinang seperti dijanjikan 18 bulan lepas.


Fadillah dilaporkan berkata, Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada mulanya berjanji untuk menyerahkan laporan itu akhir tahun lalu tetapi atas permintaan Lim, ia ditunda kepada enam bulan lagi selepas kementerian sekali lagi bertanya mengenai laporan itu pada Mac tahun ini.

Beliau berkata, Lim memberi alasan bahawa kajian mengenai projek itu masih 87 peratus dan akan mengemukakan laporan tersebut apabila ia selesai. – BERNAMA

Kategori