• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tiada Bayaran Untuk Jumpa Trump” – PM

oleh AK-47
30/10/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak hari ini menjelaskan Malaysia tidak memberi sebarang bayaran untuk menemui Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di White House, bulan lalu.

Kata Najib, lawatannya ke Washington pada September atas jemputan Trump sendiri, tidak sama dengan amalan “pendahulunya” yang menemui Presiden AS ketika itu, George W Bush.

“Sebagai tambahan, saya jelaskan jemputan Trump dibuat atas urusan kerajaan.

“Saya tidak perlu bayar apa-apa untuk jemputan tersebut…pendahulu saya melakukan perkara tersebut untuk dapatkan jemputan dari Bush,” katanya dipercayai merujuk lawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad ke AS pada 2002.

“Kita tidak amalkan kaedah itu. Pendahulu saya diterima oleh pembangkang sekarang,” kata Najib dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang bertanyakan sama ada kerajaan menukar dasar luar yang mesra AS.

“Kita bukan menukar dasar luar negara. Dasar luar negara kita memang berasas kepada soal prinsip, kita tidak ubah ikut keadaan dan situasi.

“Kita tidak buat U-turn…ada pihak lain suka buat U-turn…dulu tidak setuju, sekarang setuju.

Biasanya ini dibuat oleh pembangkang, tapi kita konsisten, boleh semak dasar luar negara kita.

“Kita istiqamah konsisten sepanjang masa, walaupun dalam apa jua keadaan, kita tetap pertahan prinsip kedaulatan negara dan nasional,” kata Najib.

Pada 16 September lalu, Najib dilaporkan berkata, Dr. Mahathir pernah membayar RM7 juta untuk melobi dan menemui Bush melalui seorang pelobi yang bermaustatin di Hong Kong.

Keesokannya, anak Tan Sri Megat Junid Megat Ayub dipetik The Star berkata, ayahnya yang juga timbalan menteri dalam negeri ketika itu pernah membantu Dr. Mahathir mengatur pertemuan dengan Bush di White House dengan membayar jutaan ringgit pada Mei 2002.

Megat Fairouz Junaidi berkata, inisiatif untuk mengadakan mesyuarat itu bermula April 2001, di mana ayanya menemui orang tertentu, termasuk membayar pelobi, untuk memastikan pertemuan itu menjadi kenyataan.

Dr. Mahathir bagaimanapun menafikan dakwaan beliau membayar sejumlah wang kepada pelobi AS bagi tujuan mendapatkan slot perjumpaan dengan Bush seperti didakwa Najib.

Sebaliknya, beliau berkata, kunjungan ke White House tidak pernah menjadi agenda utamanya, menyebabkan beliau hanya melawat AS pada 1984, 3 tahun selepas menjadi perdana menteri.

Dalam pada itu, ketika ditanya kenapa delegasinya tidak menetap di Blair House, Najib berkata, beliau tidak perlu menjawab soalan remeh itu.

“Soalan-soalan itu terlalu remeh… Walaupun saya tidak duduk di Blair House, tetapi saya ada jemputan main golf dengan Trump. Trump juga hantar saya sampai ke kereta.

“Kita tidak payah sebut perkara ini, ini bukan soal dasar, tapi nak pentingkan soal dasar kita tetap dapat penghormatan tinggi dari pentadbiran AS,” katanya.

Pemimpin pembangkang sebelum ini membangkitkan kos penginapan Najib di Hotel Trump International yang didakwa menelan belanja besar disebabkan harga bilik di hotel berkenaan yang mahal.

Mereka berkata, sebagai tetamu rasmi kerajaan AS, kebiasaannya mereka akan ditempatkan di Blair House, bukannya hotel milik presiden AS itu. – FMT

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakDewan Rakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd