• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu ‘Garang’ Andai Mahu Julang Piala Presiden

oleh AK-47
20/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Pasukan Terengganu perlu beraksi lebih agresif menentang Selangor pada perlawanan akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, esok, seandainya berhasrat menjulang Piala Presiden 2017.

Jurulatih skuad Piala Presiden Terengganu, Mustaffa Kamal Abd Wahab berkata walaupun ketinggalan dua gol, ia tidak mematahkan semangat anak buahnya untuk mencipta kemenangan terutamanya beraksi di laman sendiri.

“Ini aksi yang penting dan terakhir untuk kita meraih kejuaraan. Kita mengharapkan sokongan padu penyokong Terengganu untuk menaikkan semangat pemain untuk mencipta kemenangan.

“Walaupun Selangor memiliki kelebihan, kita ada cara dan taktik untuk menewaskan lawan dengan kelebihan banyak gol,” katanya pada sidang media di pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), hari ini.

Pada perlawanan akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 14 Oktober lepas, Selangor menewaskan Terengganu 2-0.

Mustaffa Kamal juga yakin terhadap kemampuan anak buahnya terutama dengan kehadiran pemain tengah Mohd Ridzuan Mohd Razali yang kembali memperkuatkan pasukan setelah digantung satu perlawanan selepas aksi separuh akhir menentang Kelantan.

“Sudah semestinya kita akan mencari gol awal dan pemain harus mencipta banyak peluang dalam menjaringkan gol,” katanya.

Sementara itu, jurulatih skuad bawah 21 tahun Selangor, Omar Ali berkata meskipun pasukannya memiliki kelebihan dua gol, ia bukannya satu kedudukan yang selesa.

“Kita akan menurunkan barisan pemain yang sama dan mereka semua dalam keadaan terbaik. Kita menaruh harapan tinggi untuk muncul juara setelah kali terakhir kita menjulang kejuaraan tersebut pada 2008,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mustaffa Kamal Abd Wahab
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd