Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

“Saya Wakil Mereka Yang...

SEJAK menjadi juara program Gegar Vaganza 2, Siti Nordiana atau popular disapa Nana memang...

Pelajar Cari Siput Ditemui...

KUANTAN - Mayat seorang pelajar yang terjatuh ke dalam Sungai Pahang ketika mencari...

Trio Memanah Lelaki Malaysia...

KUALA LUMPUR - Skuad Malaysia terus cemerlang di gelanggang memanah Sukan SEA Ke-29...

Dera Anak Tiri: Kementerian...

JITRA - Kementerian Pertahanan serah sepenuhnya kepada Panglima Angkatan Tentera (PAT) untuk ambil...

Tanaman Kenaf Masih Belum Mendapat Sambutan – LKTN

JITRA – Kekurangan maklumat dalam kalangan pekebun kecil mengenai potensi besar tanaman kenaf menyebabkan jumlah keluasan tanaman itu di seluruh negara masih kecil iaitu hanya sekitar 2,000 hingga 2,500 hektar setahun.

Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Datuk Mohd Adhan Kechik berkatapihaknya masih belum mendapat sambutan baik dan ini dikhuatiri menyukarkan LKTN untuk mencapai sasaran 10,000 hektar setahun dengan nilai jualan lebih RM10 juta menjelang 2020.

“Yang kita jual dalam bentuk eskport sekarang ini (tanaman kenaf) sudah lebih RM1 juta dan jumlah ini masih kecil kerana kita juga guna untuk kegunaan tempatan seperti pembuatan tilam, kraf dan beg tangan.

“Kalau untuk permintaan dunia, ia tidak terhad kerana mendapat permintaan tinggi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Pusat Khidmat 1Komoditi (1GSC) di Pejabat LKTN di sini hari ini yang disempurnakan Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (MPIC), Datuk Datu Nasrun Datu Mansur.

Keluasan terbesar kenaf terdapat di Kelantan dan Pahang dengan masing-masing seluas 800 hektar dan diikuti dengan Terengganu seluas 400 hektar dan bakinya di Kedah, Perlis, Perak dan Johor yang melibatkan 1,500 penanam.

Tanaman kenaf di Kedah dan Perlis adalah untuk mendapatkan biji benih manakala di negeri lain ia adalah untuk gentian dan empulur yang mempunyai potensi besar dalam aplikasi komersial pelbagai industri.

Mohd Adhan berkata penubuhan 1GSC membolehkan maklumat berkaitan komoditi seperti kelapa sawit, getah, kayu, koko, lada hitam, kenaf dan tembakau disediakan di bawah satu bumbung.


“Ia juga merupakan platform bagi kementerian dan agensi di bawahnya untuk membantu menyelesaikan permasalahan kumpulan sasar iaitu pekebun kecil komoditi,” katanya.

Sehingga kini MPIC menubuhkan enam pusat 1GSC di seluruh negara.

Dalam pada itu katanya, LTKN juga berhasrat untuk memperkembangkan tanaman kenaf secara menyeluruh dan tidak hanya tertumpu di sesebuah negeri sahaja

“Macam di utara (Kedah/Perlis), kita juga akan fokus kepada industri berasaskan hiliran kenaf dan tidak hanya menumpukan kepada pengeluaran biji benih seperti sekarang,” katanya. – BERNAMA

Kategori