Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Tahap Kesedaran Nelayan Guna...

SITIAWAN - Tahap kesedaran nelayan untuk menggunakan Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan (FSI)...

Video: Aksi Bapa ‘Serang’...

RAKAMAN video aksi seorang lelaki dipercayai bapa kepada seorang murid di sebuah sekolah...

“Tak Mungkin… Ismail Izzani...

PENYANYI Ara Johari memberitahu ada peminat Ismail Izzani yang memintanya tidak menjalinkan sebarang...

Mamat Khalid Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR - Penerbit dan pengarah tersohor, Mamat Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di...

Tanah Runtuh: Operasi Cari, Selamat Masuk Hari Ke-3

GEORGE TOWN – Operasi mencari dan menyelamat dua lagi mangsa kejadian tanah runtuh di tapak projek perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini masuk hari ketiga hari ini.

Mangsa yang masih belum ditemui dikenal pasti sebagai Yuan Kouk Wern, 27, warga tempatan dan warga Bangladesh Muhammad Monirul Islam.

Hingga 9 malam tadi, sembilan mayat sudah dikenal pasti dan dibawa keluar iaitu tiga warga Myanmar, Yunus Nazir Huson, Muhammad Elyas Mustak dan Rahmatullah Mohd Sidiq; tiga warga Bangladesh Hossen Mia, Nur Alam dan Rahaman Abdur; dua warga Indonesia Hosrin Sharif dan Erwin Salis serta seorang rakyat Pakistan Raza Ali.

Mayat terakhir, Rahaman ditemui dengan jarak satu meter dari mayat kelapan kira-kira 6.20 petang semalam sebelum berjaya dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang pada 8.38 malam.

Kejadian tanah runtuh itu dilapor berlaku pada 8.57 pagi kelmarin ketika sekumpulan pekerja binaan sedang menjalankan kerja di bahagian bawah tanah bangunan yang sedang dibina itu. – BERNAMA

Kategori