• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanah Runtuh: Operasi Cari, Selamat Dihentikan

oleh Ahmad Albab
23/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Operasi mencari dan menyelamat mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak projek perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini dihentikan sepenuhnya pada 12.05 tengah hari tadi.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Saadon Moktar berkata pihaknya menghentikan operasi itu selepas meronda bersama anjing pengesan K9 jabatannya dan mendapati tiada lagi mangsa di kawasan runtuhan selain mendapat pengesahan daripada kontraktor tapak pembinaan itu bahawa hanya 11 mangsa yang tertimbus.

“Operasi mencari dan menyelamat selama tiga hari ini dianggap berjaya. Pihak bomba perlu sediakan laporan lengkap dalam masa tiga hari berhubung operasi untuk diserahkan kepada Kabinet manakala laporan berhubung punca kejadian akan dilakukan agensi kerajaan yang lain,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Seramai 380 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) terlibat dalam operasi tiga hari itu.

“Bomba turut mendapat bantuan baik daripada semua pihak terutama pemaju dalam membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus,” katanya.

Kesemua 11 mangsa yang dilapor tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu telah dijumpai dengan dua mayat terakhir seorang warga Bangladesh, Muhammad Monirul Islam dan warga tempatan Yuan Kouk Wern, 27, ditemukan pagi ini masing-masing pada 7.03 dan 7.13 pagi.

Sembilan lagi mayat yang dibawa keluar dari kawasan runtuhan ialah tiga warga Myanmar, Yunus Nazir Huson, Muhammad Elyas Mustak dan Rahmatullah Mohd Sidiq; tiga warga Bangladesh Hossen Mia, Nur Alam dan Rahaman Abdur; dua warga Indonesia Hosrin Sharif dan Erwin Salis serta seorang rakyat Pakistan Raza Ali.

Ketika kejadian pada 8.57 pagi Sabtu, kesemua 11 mereka sedang bekerja di bahagian bawah bangunan yang sedang dibina itu apabila tanah lereng bukit itu runtuh dan menimbus mereka.

Difahamkan kerja-kerja yang sedang dijalankan ialah pembinaan struktur tingkat bawah tanah bangunan 50 tingkat projek milik syarikat swasta itu. – BERNAMA

Tags: tanah runtuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

7 Sekeluarga Dikhuatiri Tertimbus Akibat Tanah Runtuh

7 Sekeluarga Dikhuatiri Tertimbus Akibat Tanah Runtuh

15/09/2025
0

KOTA KINABALU: Tujuh orang dilaporkan hilang manakala dua ditemui cedera selepas sebuah rumah setinggan dipercayai dihuni sembilan sekeluarga, ditimbus tanah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd