• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tambahan Stesen HSR Di Forest City Diteliti

oleh AK-47
20/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) masih mengkaji keperluan membina stesen di Forest Citybagi projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Azharuddin Mat Sah berkata keputusan penambahan stesen itu belum dimuktamadkan dan keputusan akhir akan dibuat kerajaan.

“SPAD sedang mengkaji dengan teliti perkara ini, kalau ada keperluan kami akan buat cadangan dan kerajaan yang akan buat keputusan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPAD di sini, hari ini.

Pemaju projek Forest City di Johor sebelum ini dilaporkan melobi kerajaan untuk membina stesen HSR di kawasan berkenaan yang dilihat mampu memberi impak terhadap pembangunan di situ.

Dijangka mula beroperasi pada 2026, pelan asal HSR KL-Singapura menunjukkan ia mempunyai tujuh stesen di Malaysia iaitu Bandar Malaysia, Bangi-Putrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri.

Dalam pada itu, Mohd Azharuddin berkata SPAD akan menganjurkan satu simposium di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Ahad dan Isnin ini sebagai platform perkongsian dan perbincangan berhubung peranan pengangkutan awam darat dalam pertumbuhan sosioekonomi dan peningkatan kualiti hidup rakyat.

Katanya, acara bertema ‘Reimagining Transportation: Sustainable Mobility’ (Pengangkutan Imaginatif, Mobiliti Mampan) turut memuatkan pameran pengangkutan awam darat dan pameran kerjaya selain peraduan yang menyediakan hadiah lumayan. – BERNAMA

Tags: Mohd Azharuddin Mat Sah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tauke Jubah Bergelar Datuk Ditahan Pihak Berkuasa?

Next Post

Mona Dah Ada Kekasih Tapi Masih Layan Lelaki Lain?

Related Posts

Trem Di Putrajaya, Cyberjaya, Kajang Dan Bangi

07/03/2018
0

KUALA LUMPUR – Sistem perkhidmatan trem dirancang diwujudkan di Putrajaya, Cyberjaya, Kajang dan Bangi. Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam...

Next Post

Mona Dah Ada Kekasih Tapi Masih Layan Lelaki Lain?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd