• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahap Salah laku Pelajar Sekolah Di Kedah Terkawal

oleh AK-47
02/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIK – Tahap salah laku pelajar sekolah rendah dan menengah di Kedah masih terkawal dan tidak membimbangkan, kata Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Rozaini Ahmad.

Namun katanya, pihak jabatan bersedia bekerjasama dengan polis dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan untuk memantau isu disiplin pelajar di negeri itu.

“… antara salah laku disiplin di negeri ini ialah ponteng serta kes melibatkan dadah dan buli.

“Kes ponteng sekolah masih yang tertinggi berlaku (berbanding dadah dan buli) walaupun pelbagai kaedah dibuat bagi menggalakkan anak-anak ke sekolah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran Poster Salah Laku Disiplin Murid Peringkat Negeri Kedah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik, di sini hari ini.

Mengenai majlis hari ini, beliau berkata pelancaran poster itu merupakan sebahagian usaha ke arah meningkatkan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum sekolah serta pembinaan sahsiah murid yang mantap.

Program juga bertujuan mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi lebih mantap antara sekolah dan polis selain membantu mencegah salah laku pelajar.

Poster itu yang memaparkan jenis salah laku antaranya dadah, ugut/buli, pergaduhan, mencuri serta tindakan dan hukuman yang boleh diambil berdasarkan peraturan undang-undang sedia ada, akan dipaparkan di sekolah-sekolah di negeri ini.

Katanya langkah itu dijangka dapat memanfaatkan kira-kira 370,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri tersebut. – BERNAMA

Tags: pelajar sekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

14/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, maut selepas dipercayai ditikam seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd