• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keselamatan Pesta Belon New Mexico Ditingkat

oleh AK-47
06/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HOUSTON – Susulan insiden tembakan rambang di Las Vegas pada 1 Oktober  yang meragut 59 nyawa dan mencederakan 527 orang, tahap keselamatan telah dipertingkat di Pesta Belon Antarabangsa Albuquerque di negeri New Mexico, Amerika Syarikat yang akan bermula pada Sabtu, lapor agensi berita China Xinhua.

Semasa taklimat di Taman Pesta Belon di Albuquerque, para pegawai yang mengendali pesta itu pada Khamis berkata antara langkah tambahan yang diambil ialah buat pertama kali, beg pengunjung akan diperiksa oleh penjaga yang ditempatkan di semua pintu, begitu juga dengan penumpang bas yang disediakan sebagai perkhidmatan pengangkutan dalam taman itu.

Menurut satu laporan tempatan oleh Jurnal Albuquerque, turut hadir dalam taklimat itu wakil bandar, daerah, negeri, agensi penguatkuasaan undang-undang persekutuan, jabatan bomba daerah dan negeri serta Syarikat Perkhidmatan Awam New Mexico.

Syerif Daerah Bernalillo, Manuel Gonzales berkata pemeriksaan beg telah dipertimbang sebelum insiden tembakan rambang di Las Vegas berlaku lagi namun peristiwa tragis itu menjadi faktor penentu kepada pelaksanaan segera langkah itu.

Keseluruhan Taman Pesta Belon seluas 360 ekar (kira-kira 1.5 kilometer persegi) telah diwartakan sebagai “zon tanpa dron” semasa acara itu berlangsung.

Ketua Jabatan Polis Albuquerque Gorden Eden berkata pihaknya turut melaksanakan beberapa langkah keselamatan “yang dipertingkat”.

Ratusan ribu pengunjung dari seluruh dunia dijangka membanjiri Taman Pesta Belon itu dan acara tersebut akan berlangsung selama sembilan hari.

Diwujudkan pada 1972, Pesta Belon Antarabangsa Albuquerque merupakan pesta belon udara panas terbesar di dunia, yang menyaksikan lebih 500 belon menghiasi langit New Mexico setiap tahun. – BERNAMA

Tags: Pesta Belon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesta Belon Udara Panas P.Pinang Kembali Bulan Depan

10/01/2017
0

GEORGE TOWN - Pesta Belon Udara Panas Pulau Pinang yang menampilkan beberapa pakar belon antarabangsa dan belon berbentuk istimewa akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd