Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Kembali Layari Internet Lepas...

SEORANG wanita berusia 24 tahun dilaporkan melahirkan bayi dalam kandungannya berseorangan di tandas...

Pemandu Lori Ikan Maut...

SETIU - Seorang pemandu lori yang membawa muatan ikan maut selepas lori yang...

Pukul Ustaz Dengan Kayu...

KES salah laku seks membabitkan kanak-kanak bukan merupakan perkara baharu dan ia sering...

80,436 Pelancong Kunjungi Langkawi...

LANGKAWI: Seramai 80,436 pelancong mengunjungi pulau peranginan ini sempena cuti Aidilfitri bermula 28...

Syarikat Pelaburan Hartanah Didenda Curi Elektrik

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat pemegang pelaburan hartanah di Johor Bahru, Johor didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru baru-baru ini kerana didapati salah melakukan perbuatan mencuri elektrik.

Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam satu kenyataan media berkata, Caste Inn Realty Sdn. Bhd. melakukan perbuatan itu dengan menghalang meter Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada merekodkan penggunaan elektrik yang sebenar.

Syarikat itu dituduh di bawah Subseksyen 37 (3) (e) Akta Bekalan Elektrik 1990.

“ST berharap kes ini akan menjadi pengajaran kepada semua pihak agar tidak mengusik meter elektrik pihak utiliti dengan niat menganggu bacan bil elektrik.

“Tindakan mengusik meter elektrik bukan saja melibatkan soal keselamatan, tetapi juga kerugian terhadap pengguna lain yang terpaksa menanggung kes elektrik yang dicuri itu,” kata kenyataan itu hari ini.


Menurut ST, sebanyak tujuh kes curi elektrik sedang disiasat oleh ST, manakala dua lagi kes telah didaftarkan dan dibicarakan di mahkamah.

“Sehingga kini sebanyak 33 kes kecurian elektrik telah dibawa ke mahkamah,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori