• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat China Hasrat Mohon Sijil Halal Malaysia

oleh AK-47
06/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Beberapa syarikat berpangkalan di China berhasrat mendapatkan khidmat Johor untuk membantu mereka dalam permohonan pensijilan halal Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, dengan sijil halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu, syarikat berkenaan​​​​​​​ berpeluang menembusi pasaran halal antarabangsa terutama​ ​​​​​​ke negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Beliau berkata, sijil halal Malaysia tersebut mempunyai piawaian halal yang diperakui di seluruh dunia terutama di 56 negara OIC.
“Justeru itu, syarikat ini boleh menjadikan Malaysia, terutama Johor sebagai platform untuk mereka menembusi pasaran-pasaran ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ‘Pocket Talk Iskandar Halal​​​​​​​ Park’ sempena Expo Pembangunan Johor Berkemajuan di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Minat daripada syarikat berkenaan adalah susulan misi perdagangan diketuai anggota exco itu, pada​​​​​​​Ogos lepas, ke wilayah Xinjiang dan wilayah Gansu.

Kedua-dua wilayah itu mempunyai jumlah penduduk Islam yang ramai serta barangan halal yang boleh diperluaskan pasarannya di China serta rantau antarabangsa lain.

Buat masa ini, Tee berkata usaha membantu syarikat China itu akan dilaksanakan menerusi anak syarikat berkaitan kerajaan negeri, PIJ Holdings yang telah dilantik Jakim bagi menguruskan permohonan pensijilan halal di Johor.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berharap lebih banyak usahawan dan pedagang produk halal di Johor memperluaskan perniagaan mereka ke pasaran global, yang dianggarkan bernilai US$2.1 bilion. – BERNAMA

Tags: Datuk Tee Siew Kiong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bendera, Lagu UMNO Di Sekolah Bukan Politik

Next Post

Ibu Bapa Diingat Tak Abai Didikan Agama Anak

Related Posts

Kawasan Industri Tersusun, Johor Raih Pelaburan Tinggi

08/03/2018
0

ISKANDAR PUTERI - Kedudukan kawasan perindustrian di Johor yang tersusun merupakan satu daripada tarikan negeri ini menerima kemasukan pelabur yang...

Johor Anjur Kursus Bangun Modal Insan Pelancongan

01/03/2018
0

JOHOR BAHRU — Kerajaan Johor menerusi Tourism Johor akan menganjurkan lima kursus pembangunan modal insan bidang pelancongan berdasarkan senario perkembangan...

Next Post

Ibu Bapa Diingat Tak Abai Didikan Agama Anak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd