• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Swasta Digalak Buka Makmal Proses Madu Kelulut

oleh Ahmad Albab
15/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Pihak swasta digalak membuka makmal atau pusat pemprosesan madu kelulut bagi menghasilkan madu berkualiti dan mampu menjana keuntungan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) mempunyai kaedah dan kajian terbaik serta telah mencipta beberapa jenis mesin teknologi terkini untuk membantu mereka yang berminat.

“Mardi akan mainkan peranan kerana bukan semua mesin boleh dibeli secara terus, ada di antaranya dicipta oleh Mardi. Ia berharga antara RM10,000 hingga RM200,000. Saya galakkan ia turut dibangunkan oleh pihak swasta supaya lebih meluas.

“Jika hanya Mardi yang uruskan… kebetulan permintaan tinggi, ia dibimbangi berlaku ketidakcukupan tenaga kerja dan melambatkan urusan pengusaha dalam mendapatkan madu yang telah diproses,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Makmal Pemprosesan Madu Kelulut Kemaman, hari ini.

Makmal yang pertama kali dibangunkan itu menawarkan perkhidmatan pengeringan madu kelulut, pembungkusan dan analisis ringkas penentuan kualliti madu kelulut.

Kos bagi mewujudkan makmal tersebut kira-kira RM172,000 termasuk pembelian pelbagai peralatan dan mampu memproses 50 kilogram madu sehari.

Ahmad Shabery berkata pengusaha madu kelulut perlu memberi penekanan terhadap penjagaan kualiti bagi mengelak pengguna tertipu dan perusahaan dapat bertahan lama.

Katanya sehingga Mac 2017, usahawan kelulut yang berdaftar dengan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu seramai 150 orang manakala berdaftar di bawah Persatuan Lebah Kelulut Terengganu (Pelekat) seramai 80 orang.

“Mardi akan terus membantu usahawan kelulut. Untuk peringkat awal ini Mardi akan mengenakan caj RM5 sahaja untuk sekilogram madu kelulut yang mahu diproses. Diskaun itu selama dua bulan dan selepas itu dikenakan caj RM10 sekilogram. Pengusaha boleh bawa balik dan buat pembungkusan sendiri.

“Jika mahu Mardi buat semua proses, boleh jual secara terus kepada Mardi dan Mardi akan pasarkan mengikut standard ditetapkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Madu Kelulut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Bertuah Punya Menantu Pemalas”

Next Post

Polis Mohon Kerjasama Kesan Wan Nur Sakina

Related Posts

Pusat Tahfiz Ternak Kelulut, Ajar Pelajar Ilmu Keusahawanan

22/10/2018
0

KUBANG PASU - Pelajar Madrasah Tahfiz Taufiqillah di Kampung Lembah Arang, di sini bukan sahaja mampu menghafaz Al-Quran, malahan mahir...

Minat Ibu Dorong Anak Usahakan Madu Kelulut

06/05/2018
0

MARAN - Bermula daripada minat ibunya yang gemar memakan madu, Mohd Hurmadi Maamor, anak peneroka Felda Jengka 11, mula menceburi...

Next Post

Polis Mohon Kerjasama Kesan Wan Nur Sakina

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd