• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SUSK Agong Dianugerah Brigadier Jeneral Kehormat

oleh Ahmad Albab
24/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan antara empat individu dianugerahkan pangkat pegawai kanan kehormat Askar Wataniah di Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak di sini hari ini.

Beliau dianugerahkan pangkat Brigadier Jeneral Kehormat oleh Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, berkuat kuasa pada 28 Julai lepas.

Turut menerima pangkat Brigadier Jeneral Kehormat adalah Pengarah Urusan Weststar Group of Company Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, berkuat kuasa tarikh yang sama.

Dua lagi penerima adalah Naib Canselor Universiti Sains Malaysia Prof Datuk Dr Asma Ismail dan Naib Canselor Universiti Tun Hussien Onn Malaysia Prof Dr Wahid Razzaly yang masing-masing dianugerahkan Kolonel Kehormat berkuat kuasa 5 Okt lepas.

Asma dan Wahid juga dilantik menjadi Komandan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) di universiti masing-masing.

Turut hadir pada majlis itu ialah Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim. – BERNAMA

Tags: pangkat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd