• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukuk Hijau Biayai Projek Prasarana Mesra Alam

oleh AK-47
11/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MALAYSIA akan terus menjadi peneraju dalam pasaran kewangan Islam dengan menerbitkan lebih banyak Sukuk Hijau.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, sukuk berkenaan digunakan untuk membiayai projek infrastruktur mesra alam dengan sokongan teknikal dari Bank Dunia yang turut berkongsi amalan terbaik antarabangsa dengan kerajaan dan institusi kewangan Malaysia.

Katanya, pembiayaan Sukuk Hijau adalah satu kaedah inovatif untuk menyediakan pembiayaan global bagi projek pembangunan lestari di bawah rangka kerja Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI).

“Malaysia mencatatkan sejarah dalam pembiayaan hijau dan arena sukuk global dengan penerbitan Sukuk Hijau pertama di dunia oleh Tadau Energy Sdn Bhd (Tadau Energy) pada Julai lalu dengan nilai RM250 juta.

“Ia diikuti penerbitan Sukuk Hijau terbesar di dunia bernilai RM1 bilion oleh Quantum Solar Park Semenanjung Sdn Bhd (QSPM), sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan negara dalam kewangan hijau Islam dan memantapkan usaha negara dalam memperkenalkan inovasi dalam produk pembiayaan kewangan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan dokumen pembiayaan Sukuk Hijau bagi projek solar di bawah Program Solar Berskala Besar (LSS) yang diperkenalkan kerajaan pada 2015 di Bangunan Putra Perdana Putrajaya, hari ini.

Majlis penyerahan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Penyerahan dokumen itu dibuat antara Tadau Energy dan QSPM dengan pelabur masing-masing iaitu Affin Hwang Investment Bank Berhad serta CIMB Investment Bank dan Maybank Investment Bank.

Maximus berkata, ia adalah pembiayaan Sukuk Hijau pertama di dunia hasil kerjasama antara Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Dunia.

Menurutnya, ia selaras dengan usaha membangunkan ekosistem untuk memudahkan pertumbuhan Sukuk Hijau dan memperkenalkan instrumen kewangan inovatif untuk menangani keperluan infrastruktur global dan pembiayaan.

“Melalui ekosistem pembiayaan yang kondusif ini, kerajaan yakin sasaran penjanaan elektrik daripada tenaga boleh diperbaharui sebanyak 7,200 megawatt (mw) menjelang 2020 dapat dicapai dengan jumlah penjanaan elektrik dari tenaga solar menyumbang sebanyak 2,080 mw,” katanya.

Sementara itu, Sukuk Hijau diterbitkan QSPMA adalah untuk membiayai portfolio tiga projek jana kuasa solar fotovoltaik solar berskala besar di Gurun (Kedah), Jasin (Melaka) dan Merchang (Terengganu), yang bernilai kira-kira RM1.25 bilion di kawasan seluas 242.81 hektar.

Projek solar yang dijangka siap selewat-lewatnya awal tahun depan akan menjana dan menyalurkan sehingga 282,000 MWh tenaga elektrik setahun.

Sukuk Hijau yang diterbitkan Tadau Energy digunakan untuk membiayai projek solar di Kudat, Sabah. – Harian Metro

Tags: Datuk Seri Dr Maximus Ongkili
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Boleh Guna Akta 655 Tamat Kemelut Air Selangor

14/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan persekutuan mempertimbangkan untuk menggunakan peruntukan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air atau Akta 655 untuk mengambil...

BN Kota Marudu Siap Sedia Latihan Jentera Pilihan Raya

12/02/2018
0

KOTA MARUDU - Barisan Nasional (BN) Kota Marudu telah menubuhkan jentera pilihan rayanya di kesemua 57 daerah mengundi dan berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd