• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Curang Tembak Isteri Mahu Bercerai Dengannya

oleh Ahmad Albab
19/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TRAGIS… Seorang anggota tentera telah ditangkap selepas dia menembak mati isterinya yang sedang mengandung di pasar selepas wanita itu meminta cerai.

Wanita berkenaan, Sirinporn Chumboonchu, 40, mahu bercerai dengan suaminya, Pichet, 41, pada awal bulan ini setelah mendapati suaminya itu mempunyai perempuan simpanan.

Sirinporn kemudiannya meninggalkan rumah mereka di Kanchanaburi, Thailand, dan kembali ke rumah keluarganya di Udon Thani.

Pichet bagaimanapun mengekori isterinya dan menembak wanita itu sebanyak tiga kali di bahagian belakang di pasar. Dia berbuat demikian kerana Sirinporn enggan kembali kepadanya.

Sirinporn meninggal dunia di hospital. Pichet kemudiannya menembak dirinya di bahagian dada dengan pistolnya sendiri namun polis percaya dia tidak berhasrat membunuh diri sebaliknya pistol itu mengalami masalah.

Tembakan rambang dari pistol itu turut terkena seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dan seorang pembantu kedai. Keadaan pembantu kedai itu dilaporkan kritikal.

Manakala Pichet kini beransur pulih di hospital dan dia diawasi dengan ketat oleh polis. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kejam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suntikan Polio Untuk 4 Juta Kanak-kanak

Lelaki Kejam Pukul, Bakar Anjing Hidup-hidup

30/03/2023
0

JOHOR BAHRU: Seekor anjing liar bukan sahaja dipukul, malah dibakar hidup-hidup oleh seorang lelaki tidak berhati perut dalam kejadian dipercayai...

Pengasuh Makan Sebelum Serah Bayi Tidak Bernyawa

08/01/2019
0

SEORANG pengasuh membunuh seorang bayi lelaki kemudian membawanya ke sebuah restoran McDonalds sebelum menyerahkan mangsa kepada ibunya. Semasa menyerahkan bayi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd