• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stesen HSR Pintu Masuk Ke Bandar Moden Malaysia

oleh Ahmad Albab
17/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Stesen projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) KL-Singapura dibayangkan bakal menjadi hab dan pintu masuk ke bandar-bandar moden dan paling maju Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata wawasan ini adalah elemen yang sama penting yang akan memacu Malaysia ke arah mencapai aspirasi Transformasi 2050 (TN50).

“Selain merevolusikan hubungan antara dua kuasa ekonomi utama Asia Tenggara itu, HSR juga pada dasarnya akan menggabungkan bandar-bandar yang berpeluang mendapat manfaat daripada rangkaian meluas permintaan pasaran yang besar, tenaga kerja, prasarana dan kluster peluang perniagaan,” kata Najib.

Beliau berkata demikian semasa memperkenalkan reka bentuk konsep stesen HSR KL-Singapura di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata bagi Malaysia, HSR akan menjadikan negara sebagai destinasi pelaburan pilihan di rantau ini, menyediakan peluang pelaburan dan pempelbagaian yang lebih besar.

Sementara itu, Pengerusi MyHSR Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata projek tersebut merupakan pembawa perubahan ikonik bagi negara dan akan menjadikannya terus kompetitif, sederhana dan dinamik untuk bergerak seiring dengan negara-negara lain di dunia.

“Pelaburan yang kita buat hari ini akan mempercepatkan ke arah mencapai matlamat TN50 dalam menjadi 20 negara utama dalam pembangunan ekonomi, kemajuan sosial dan inovasi,” katanya.

Menurutnya, pembidaan projek itu yang dijangkakan tahun depan telah menarik minat yang amat besar daripada syarikat-syarikat yang telahpun membentuk perkongsian dan juga konsortium untuk menyertai tender tersebut.

HSR KL-Singapura yang dijangka mula beroperasi pada 2026, menghubungkan bandar-bandar iaitu Kuala Lumpur, Bangi, Putrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri dan Singapura.

MyHSR Corporation yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan bertanggungjawab bagi pembangunan dan pelaksanaan projek tersebut. – BERNAMA

Tags: HSR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Tangguh Projek Mega Termasuk HSR

Kerajaan Tangguh Projek Mega Termasuk HSR

07/01/2025
0

PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen kerajaan membabitkan projek mega terpaksa ditangguhkan pada masa ini kerana perlu menyelesaikan...

Johor Mahu HSR, LRT – Onn Hafiz

Johor Mahu HSR, LRT – Onn Hafiz

23/11/2023
0

ISKANDAR PUTERI: Johor mahu pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Malaysia dan Singapura disegerakan bagi memastikan ekonomi negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd