• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPAD: 6 Kes Libatkan Kenderaan Berat & Bas Pelancong

oleh Ahmad Albab
13/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sebanyak enam kesalahan direkodkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melibatkan kenderaan berat dan bas pelancong dalam operasi bersepadu sempena perayaan Deepavali yang dijalankan di sini, malam tadi.

Pengurus Besar Kanan, Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata dalam operasi selama dua jam bermula 10 malam itu, sebanyak 53 kenderaan berat telah diperiksa dan enam daripadanya diberikan notis dan dibuka kertas siasatan.

“Antara kesalahan yang dilakukan melibatkan bas pelancong ialah tidak mempunyai pemandu kedua manakala lori pula dikesan membawa muatan berlebihan.

“Selain itu, ada yang gagal kemukakan permit kenderaan serta terdapat pemandu lori yang tidak mempunyai lesen memandu bagi kelas kenderaan itu,” katanya kepada pemberita di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), arah utara, di sini.

Che Hasni berkata kesemua kesalahan itu akan didakwa di bawah Seksyen 57 dan 22 atau 23 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata selain itu, terdapat lapan lagi kes lain yang dikesan agensi penguatkuasaan yang turut menyertai operasi itu.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan lima pelbagai kesalahan yang dilakukan pengguna lebuh raya dan kesemuanya telah dikeluarkan saman.

“Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pula telah menahan dua kelindan dan seorang pemandu lori kerana didapati positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Operasi bersepadu itu yang turut dilaksanakan di seluruh negara sehingga 22 Okt ini, disertai 13 pegawai dan 52 anggota daripada SPAD, PDRM, Puspakom, PLUS dan AADK. – BERNAMA

Tags: basSPAD
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

18/07/2025
0

PUTRAJAYA - Kelajuan bas persiaran yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 nyawa pelajar Universiti Sultan Idris Shah (UPSI) Jun lalu...

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

12/07/2025
0

RANAU – Seramai 22 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd