• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sokongan Rakyat Perlu Awasi Ancaman Ekstremisme

oleh Ahmad Albab
17/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata sokongan dan kerjasama rakyat perlu bagi mengawasi ancaman ekstremisme di negara ini.

Beliau menegaskan fenomena itu membahayakan kerana memberi peluang kepada musuh-musuh Islam memfitnah agama Allah ini sebagai agama pengganas.

Katanya, sikap ditonjolkan kumpulan berkenaan tidak mencerminkan agama Islam yang sebenar kerana hakikatnya Islam tidak menyusahkan umatnya, toleran dan moderat, namun demikian terdapat kelompok yang melampau dalam tindakan mereka.

“Kumpulan ini tidak minat terlibat dalam politik. Bagi mereka, politik adalah karut. Yang penting bagi mereka ialah bangunkan negara Islam mengikut acuan mereka,” kata Salleh dalam catatan terbaru di laman blognya.

Menurutnya, ekstremisme ialah sikap melampau yang tidak mengakui pendapat orang lain, menolak tolak ansur, kasar dalam tutur kata, keras dalam penyampaian dakwah, dan mengkufurkan orang lain yang tidak menerima fikiran mereka.

Beliau berkata sehingga kini negara berjaya mengawal ancaman kumpulan ekstremis itu.
“John Dauth dalam tulisannya di The Telegraph menyatakan Malaysia adalah model negara berjaya dalam menguruskan ancaman kumpulan ini.

“Kejayaan ini adalah disebabkan oleh tiga faktor: keupayaan kerajaan mengukuhkan pertumbuhan ekonomi negara, mewujudkan keharmonian dalam masyarakat, dan sikap rakyatnya yang moderat,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Galas Tugas Pengerusi UMNO Sabah

05/06/2018
0

KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO...

Pembangkang Sebar Berita Palsu Sebab Tahu Akan Kalah

09/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas pembangkang yang menyebarkan berita palsu untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd