• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Hoki Wanita Sasar Separuh Akhir Piala Asia 2017

oleh AK-47
19/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia meletakkan sasaran layak ke peringkat separuh akhir Kejohanan Hoki Wanita Piala Asia 2017 di Kakamigahara, Jepun, bermula 28 Okt hingga 5 Nov ini, kata ketuja jurulatih, Muhammad Dharmaraj Abdullah.

Beliau percaya Malaysia mampu mencapai sasaran sekiranya dapat mengalahkan China atau India yang kini merupakan kuasa utama di rantau ini dalam saingan peringkat kumpulan untuk menghuni dua tempat teratas kumpulan, sekali gus layak ke separuh akhir.

Malaysia berada dalam kumpulan maut selepas disenaraikan bersama India, China dan Singapura dalam Kumpulan A manakala Kumpulan B dibarisi pasukan tuan rumah, Jepun, Korea Selatan, Thailand dan Kazakhstan.

“Kamui akan menentang China pada perlawanan pertama kumpulan dan tidak tahu sama ada mereka akan membawa skuad Piala Dunia mereka,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Kejohanan Piala Asia menjanjikan satu slot ke Piala Dunia 2018 di London.

Pasukan Asia yang sudah layak ke Piala Dunia 2018 ialah China, Korea Selatan dan Jepun.

Setakat ini, 14 daripada 16 slot Piala Dunia sudah di[penuhi. Selain tiga wakil Asia itu, pasukan lain ialah tuan rumah England,. New Zealand, Itali, Sepanyol, Amerika Syarikat, Jerman, Afrika Selatan, Ireland, Argentina, Belanda dan Australia.

Baki dua slot ialah juara Piala Asia di Jepun dan Piala Afrika yang akan bermula di Mesir dari 22 hingga 29 Okt ini.

Skuad negara ke Piala Asia 2017:

Penjaga gol: Farah Ayuni Yahya, Mas Huzaimah Md Aziz

Pertahanan: Juliani Mohamad Din, Siti Noor Amarina Ruhani, Raja Norsharina Raja Shabuddin, Siti Shahida Saad, Siti Rahmah Othman

Tengah: Fatin Shafika Mahd Sukri, Nuraini Abdul Rashid

Penyerang: Wan Norfaiezah Md Saiuti, Surizan Awang Noh, Nurul Nabihah Mansur, Norazlin Sumantri, Hanis Nadiah Onn, Norbaini Hashim, Nuraslinda Said, Nur Syafiqah Mohd Zain, Nur Maizatulhanim Shafi Sheik Fuad. – BERNAMA

Tags: Kejohanan Hoki Piala Asia 2017Muhammad Dharmaraj Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Naib Juara Asia: Tahniah Skuad Hoki Negara

24/10/2017
0

SEKALIPUN tewas 1-2 kepada India kelmarin, skuad hoki kebangsaan membuktikan era gemilang sukan itu kini telah kembali. Walaupun sudah melayakkan...

Malaysia Cipta Sejarah Mara Ke Final Piala Asia 2017

22/10/2017
0

KUALA LUMPUR – Malaysia melakar sejarah mara ke final Kejohanan Hoki Piala Asia 2017 setelah mengikat juara bertahan, Korea Selatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd