• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Berbadan Dua

oleh AK-47
23/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERTAMA kali menghadapi kehamilan, Datuk Siti Nurhaliza ternyata begitu teruja menghadapi perubahan-perubahan yang berlaku pada dirinya.

Penyanyi nombor satu negara ini juga seperti ibu-ibu lain, mengalami alahan dan perubahan diri semasa hamil. Oleh itu, Siti telah berkongsikan pengalamannya itu menerusi entri Instagram:

“Alhamdulillah. Pengalaman mengandung adalah sesuatu yang sangat indah dan mencabar bagi Siti.

“Siti alami alahan kulit, heartburn, tak selera makan, sakit pinggang, penat, panas badan dan lain-lain,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sudah tentu pengalaman ini menjadi kenangan termanis buat penyanyi itu. Masakan tidak, setelah 11 tahun menunggu untuk mengandung, pasti Siti sangat menghargai setiap detik pahit manis semasa dalam proses kehamilan ini.

Dalam pada itu, Siti tetap bersyukur diberi rezeki untuk merasai pengalaman yang berharga itu. Dalam posting tersebut, Siti turut mengenangkan jasa ibunya yang tidak mampu dibalas kerana telah mengharungi alahan yang sama semata untuk melahirkan mereka adik-beradik.

“Betapa besarnya pengorbanan mak Siti dulu ya. tapi Siti tabik bila mak alami semua cabaran ini tapi masih mampu melahirkan kami lapan beradik,” tulisnya lagi.

Menurut kapsyen yang ditulisnya, jelas sekali suaminya, Datuk Khalid sangat menjaga dan mengambil berat tambah-tambah lagi apabila Siti sekarang sedang berbadan dua.

“Sekarang usia kandungan Siti hampir lima bulan. Terima kasih suami yang sentiasa memahami kerenah isterinya.

“Cuma pesan dia ‘janganlah muka asyik berkerut, nanti baby pun berkerut. Senyum sikit’.. Hahahaha..,” tambahnya lagi.

Pasangan ini sudah mendirikan rumah tangga sejak 11 tahun yang lalu, namun baru kini diberi rezeki untuk Siti mengandung.

Semoga Siti dan kandungannya berada dalam keadaan yang baik dan sihat. Tak sabar nak lihat anak sulung Siti nanti, mesti comel seperti ibunya! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: Datuk KDatuk Siti Nurhaliza
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Asajaya Diistihar Kawasan Wabak Rabies

Next Post

Anak Autisme Perlukan Sokongan Masyarakat Luar

Related Posts

Ahmad Zahid Beri Pelaburan RM10 Juta, Bukan Pinjaman – Datuk K

Ahmad Zahid Beri Pelaburan RM10 Juta, Bukan Pinjaman – Datuk K

21/08/2023
0

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin bahawa dana RM10...

Nama Datuk K Antara Disebut Dalam Perbicaraan Zahid

12/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Datuk Wasi Khan @ Wasiyu Zama Ishar Ahmad, 50, menyatakan pada Mahkamah Tinggi hari ini, beliau pernah...

Next Post

Anak Autisme Perlukan Sokongan Masyarakat Luar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd