• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Suspek Kes Serang Remaja Ditahan

oleh Ahmad Albab
23/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang daripada 15 suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian menyerang seorang remaja 17 tahun sehingga cedera parah di bawah sebuah flat di Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam, Johor Bahru, Khamis (19 Oktober) lalu.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata suspek berusia 26 tahun itu ditahan kira-kira 9 pagi tadi di sekitar kawasan Bandar Seri Alam selepas identitinya disiarkan menerusi Facebook (FB) rasmi Polis Johor, semalam.

“Pagi ini, kita berjaya menahan suspek terbabit bersama sebuah kereta di Bandar Seri Alam dan hasil siasatan awal, suspek adalah penduduk sekitar lokasi kejadian serta tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 2.05 pagi itu, mangsa dikatakan menegur dan menasihati dua daripada 15 suspek itu yang memasang lagu dan muzik dengan kuat menggunakan pembesar suara kereta mereka yang diparkir di kawasan flat berkenaan.

Akibat teguran itu, berlaku pertengkaran dan pergaduhan kecil antara mereka sebelum datang lagi sekumpulan suspek lain dipercayai rakan suspek yang awal itu dengan menaiki sebuah kereta serta beberapa motosikal.

Semua suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an mengerumuni mangsa dan beberapa daripadanya membawa parang dan pisau menyerang mangsa seorang diri hingga menyebabkan kecederaan pada bahagian belakang badan dan kepalanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah dengan senjata. – BERNAMA

Tags: kes pukulremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd