• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seleweng Dana: Bekas TSU Sambung Reman

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tempoh reman terhadap seorang bekas timbalan setiausaha bahagian sebuah kementerian yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana berkaitan projek luar bandar di Sabah, dilanjutkan enam hari mulai esok hingga 17 Okt

Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh mengeluarkan perintah sambung reman terhadap wanita berusia 40 tahun itu di Mahkamah Majistret Putrajaya setelah tempoh reman sebelum ini, sejak 6 Okt berakhir hari ini.

Wanita itu, yang kini bertugas sebagai setiausaha bahagian di sebuah kementerian lain, merupakan antara tiga individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan pada 5 Okt lalu. Turut ditahan ialah naib presiden sebuah parti di Sabah dan seorang ahli perniagaan.

Semalam, pemimpin parti politik Sabah dan ahli perniagaan itu masing-masing dilanjutkan reman selama empat dan tiga hari bagi membantu siasatan kes sama selepas tempoh reman lima hari mereka sebelum ini berakhir.

Selain itu, tiga lagi yang merupakan pemimpin dua buah parti turut direman lima hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana RM180 juta iaitu sebahagian daripada RM1.5 bilion dana yang dianggarkan diseleweng daripada sebuah kementerian.

Dana RM1.5 bilion itu adalah sebahagian peruntukan kerajaan pusat melalui sebuah kementerian berjumlah RM7.5 bilion untuk melaksanakan projek luar bandar di Sabah bagi tempoh 2009 hingga 2015.
Semalam, SPRM turut memanggil adik seorang bekas menteri persekutuan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana itu. – BERNAMA

Tags: SelewengSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua meminta Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaudit aliran...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd