• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Paling Banyak Terima Manfaat Bajet 2018

oleh Ahmad Albab
29/10/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selangor adalah penerima manfaat terbesar untuk peruntukan pembangunan dalam Bajet 2018 oleh Kerajaan Persekutuan walaupun negeri itu dikuasai oleh pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia kerana sebahagian besar peruntukan pembangunan itu adalah untuk pembinaan Lebuh Raya Banting – Taiping serta rangkaian rel MRT dan LRT.

“Tambahan pula, dua daripada empat jalan bertol yang akan ditamatkan berada di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Abdul Khalid malah menyifatkan Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen kelmarin merupakan usaha berterusan kerajaan Persekutuan untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau dalam pada itu berkata, antara fakta yang penting dalam Bajet 2018 adalah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) dijangka menjana pendapatan sebanyak RM43.8 bilion bersamaan dengan 18.3 peratus daripada keseluruhan pendapatan negara.

Jelas beliau, ia adalah jumlah yang besar memandangkan pendapatan daripada dividen Petronas pada 2017 hanyalah RM17 bilion.

Selain itu, katanya, dua program yang diperkenalkan Perdana Menteri iaitu Amanah Dana Anak Malaysia 2050 dan “Off River Storage” agak serupa dengan dua program yang dilaksanakan oleh kerajaan Selangor.

Bagaimanapun, tegas beliau, program di Selangor itu merupakan ilham beliau sewaktu menjadi Menteri Besar Selangor, bukan oleh Pakatan Harapan yang dibarisi PKR, DAP, Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Alhamdulillah, program yang baik memang sepatutnya diperluaskan untuk dinikmati oleh semua,” katanya.

Abdul Khalid yang merupakan bekas pemimpin PKR digulingkan daripada jawatan Menteri Besar pada tahun 2014 kerana Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memegang jawatan itu.

Hasrat Anwar untuk menjadikan isterinya yang juga Presiden PKR sebagai Menteri Besar Selangor tidak kesampaian kerana tidak mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sultan Selangor kemudian berkenan melantik Timbalan Presiden PKR, Datuk Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu selepas menitahkan pembangkang terlebih dahulu mengemukakan tiga nama calon untuk memegang jawatan itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bajet 2018selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

30/03/2026
0

BANGI - Isu penempatan kuil tidak sah di atas sebahagian tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa...

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

13/01/2026
0

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Sahibus Samahah Mufti Selangor menzahirkan pendirian tegas menentang sebarang bentuk penganjuran, sambutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd