• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebutan Kes UPNM Di Mahkamah Tinggi 10 November

oleh Ahmad Albab
17/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa membunuh dan bersubahat membunuh rakan seuniversiti mereka, Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain akan disebut di Mahkamah Tinggi pada 10 Nov ini.

Penolong Kanan Pendaftar, Nur Ain Mustapa menetapkan tarikh itu dalam kamarnya ketika pengurusan kes hari ini yang dihadiri Timbalan Pendakwa Raya, Nurakmal Farhan Aziz dan peguam Mohd Fadly Hashim, Zamri Idrus, Joshua Tay dan Nurul Syuhada Abdullah yang mewakili kesemua tertuduh.

Enam tertuduh itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali yang kesemuanya berumur 21 tahun.

Lima daripada tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif Najmudin dan Mohamad Shobirin didakwa bersama-sama membunuh Zulfarhan Osman, 21, di Bilik 04-10, Blok penginapan asrama Jebat UPNM, Kem Perdana Sungai Besi, Cheras, di sini antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Abdoul Hakeem pula dituduh bersubahat dengan lima tertuduh membunuh mangsa di tempat, masa dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama-sama Seksyen 302 kanun sama yang membawa hukuman serupa.

Nurakmal Farhan, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, berkata pihak pendakwaan telah menyerahkan sebahagian dokumen berkaitan kes itu termasuk laporan bedah siasat kepada pihak pembelaan.

Zulfarhan Osman meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun lalu, dipercayai akibat didera selepas dituduh mencuri komputer riba milik rakan dan mangsa dilaporkan mengalami kesan lecur pada bahagian dada, tangan dan kaki dipercayai akibat ditekap dengan seterika wap.

Sementara itu, Hawa Osman, 54, ibu kepada Zulfarhan Osman, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, beliau dan keluarga akan sentiasa hadir pada prosiding kes itu bagi mengikut perkembangan kes anaknya.

“Ini adalah satu tanggungjawab saya sebagai seorang ibu bagi mendapatkan pembelaan untuk arwah anak saya. Walaupun saya tahu kes ini akan mengambil masa beberapa tahun namun saya tetap akan terus mengikuti kes ini,” katanya yang memakai t-shirt tertera solidariti #justice4farhan #sayNOtoBULLY #humanity. – BERNAMA

Tags: UPNM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hentikan Serta-merta Budaya Dera Di UPNM – Agong

Hentikan Serta-merta Budaya Dera Di UPNM – Agong

03/12/2024
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan supaya budaya penderaan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) perlu dihentikan...

‘Insiden Buli Di UPNM Bertentangan Nilai Kemanusiaan, Prinsip Keamanan’

‘Insiden Buli Di UPNM Bertentangan Nilai Kemanusiaan, Prinsip Keamanan’

11/11/2024
0

SHAH ALAM - Insiden buli di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) jelas bertentangan dengan nilai kemanusiaan dan prinsip keamanan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd