Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Lelaki Hilang Dipercayai Dibaham...

Lahad Datu : Lelaki yang hilang dipercayai dibaham buaya ketika memukat ikan di...

Rahsia Hidup Melaram Dengan...

TAIPEI - Rahsia seorang wanita jelita popular kerana sering memaparkan gaya hidup mewah...

PPM Rampas 6,910 Karton...

SHAH ALAM : Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang menumpaskan sindiket penyeludupan rokok...

Budak Lelaki Hilang Di...

TOKYO - Seorang budak lelaki tujuh tahun yang dikatakan 'hilang' selepas ditinggalkan sendirian...

Sebastian Kurz Bakal Jadi Pemimpin Negara Termuda

VIENNA – Ketua Parti Rakyat (OVP), Sebastian Kurz dijangka menjadi pemimpin termuda memandangkan partinya kini meraih 31.7 peratus undi pada pilihan raya Austria, lapor agensi berita China Xinhua.

Dilahirkan pada 27 Ogos 1986, Kurz bakal melakar sejarah tersendiri dengan muncul sebagai pemimpin sebuah negara yang termuda di dunia.

Pada 2013, parti konservatif itu meraih 24 peratus undi dan menjadi parti kedua yang memperoleh undian terbesar di Parlimen Austria.

Kurz berkata, keputusan itu menunjukkan terdapatnya “mandat yang kuat untuk mengubah negara”, justeru beliau berhasrat mewujudkan “budaya baharu” dan akan menerima tanggungjawab itu dengan penuh rasa rendah diri.

Beliau pernah menjadi menteri luar Austria empat tahun lepas dan kini berusaha untuk mengetengahkan partinya dengan strategi baharu.

Sementara, Parti Kebebasan (FPO) yang berhaluan kanan, diketuai Heinz-Christian Strache, meraih 26 peratus undi.

Mengulas mengenai undian diperolehi partinya, Strache berkata, buat masa ini beliau enggan memberikan sebarang ulasan mengenai pembentukan kerajaan campuran.


Dalam temu bual di stesen televisyen ATV, Strache menyuarakan kebimbangannya OVP dan Parti Demokrat Sosial (SPO) sekali lagi akan membentuk kerajaan campuran.

SPO yang diketuai Canselor Christian Kern, memperoleh 26.9 undi sekaligus kehilangan status sebagai parti paling banyak memperoleh sokongan kuat di parlimen.

Bercakap kepada Xinhua, bekas naib canselor Austria, Erhard Busek berkata, berdasarkan keputusan itu OVP mungkin membentuk kerajaan gabungan dengan FPO atau mungkin membuat pilihan lain.

“Apa jua gabungan akan dilaksanakan kelak ia memerlukan masa rundingan yang panjang,” katanya. – BERNAMA

Kategori