• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sayu… Budak Mangsa Dera Ingin Jumpa Bapa Kandung

oleh
08/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU-BARU ini, kita dikejutkan dengan tragedi menyayat hati apabila seorang bapa sanggup bertindak kejam dengan rantai anaknya berusia 10 tahun pada tong gas kerana enggan ke sekolah.

Baca: Anak Enggan Ke Sekolah Dirantai Di Tong Gas

Juga: Kes Dera Anak Lelaki – Ibu Bapa Direman 5 Hari

Menurut laporan Harian Metro, kanak-kanak tersebut yang kini berada di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di Kuantan, dikatakan memasang berhasrat untuk bertemu bapa kandungnya yang dipercayai kini berada di Melaka.

Niat itu disuarakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin sewaktu membuat lawatan di wad HTAA hari ini.

Difahamkan, bapa kepada kanak-kanak itu hanya bekerja sebagai pencuci kereta di Pantai Klebang dan kali terakhir mereka berdua pernah bertemu dalam sekitar tahun lepas ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Tambah Shahaniza lagi, mangsa bagaimanapun tidak pernah cuba untuk menghubungi bapa kandungnya itu kerana memang tidak mengetahui nombor telefon lelaki berkenaan.

Justeru, Exco tersebut berharap agar bapa asal kepada kanak-kanak berkenaan dapat bertemu anak kandungnya itu dengan segera selepas membaca tentang berita ini.

Beliau percaya mungkin ada ungkapan perasaan rindu dalam diri anak kecil itu yang tidak dapat diluahkan terhadap bapanya sendiri.

“Mungkin ada kerinduan dalam dirinya (kanak-kanak) terhadap bapa kandung kerana saya difahamkan sudah lama tidak bertemu.

“Jadi, saya harap jika bapa kandungnya membaca berita ini datanglah bertemunya,” kata Shahaniza.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa kanak-kanak berkenaan kini berada dalam keadaan baik dan dipantau oleh pihak HTAA serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Tambahnya lagi, sementara menunggu siasatan polis selesai, pihak JKM akan memberikan khidmat kaunseling kepada kanak-kanak berkenaan di samping keperluan lain yang bersesuaian.

Dalam pada itu, abang sulung kanak-kanak tersebut, Muhammad Al-Asraf Danial Mohd Al-Assadi, 16 tahun, mengakui bapa tirinya seorang yang panas baran, menurut laporan Sinar Online.

“(Saya) Terkejut apabila terdengar berita tesebut dan kesal dengan tindakannya. Sebelum ini, adik pernah mengadu bapa tiri selalu memukulnya.

“Sukar untuk saya bantu adik kerana saya pun tidak sanggup tinggal bersamanya dan kini terpaksa menumpang di rumah kawan sejak beberapa bulan lalu.

“Saya juga pernah dipukul ketika berusia 12 tahun hingga cedera. Parut pun masih ada sampai sekarang,” katanya. Dia juga amat berharap bapa kandung yang tinggal di Melaka tampil membantu.

Buat masa ini, ibu adik-beradik yang berusia 37 tahun itu sudah dilepaskan atas jaminan polis. Sementara itu, bapa tiri kanak-kanak tersebut masih direman. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: kanak-kanakKes dera
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan selepas disyaki didera ibu kandungnya hingga cedera parah di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd