• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sara Tak Layak Menang, Kaktus Ialah Haiwan?

oleh
15/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERAKHIRLAH sudah rancangan realiti tv, Clever Girl yang penuh kontroversi sejak disiarkan bermula 4 Ogos lalu diakhiri dengan kemenangan Sara Amelia Muhammad Bernard dari Perak.

Baca: Sara, Wakil Perak Juara Clever Girl Musim 2

Namun, di sebalik program pertandingan uji minda berkenaan, ramai netizen mempersoalkan kredibiliti gadis berusia 25 tahun tersebut yang dinobatkan dengan gelaran juara rancangan kuiz terbitan stesen TV3 itu.

Semalam, bekas peserta yang mula membuatkan program itu menjadi ‘panas’, wakil Pulau Pinang yang tiba-tiba menarik diri, Noor Syakirah Mohd Azam (Kiera) ada memuat naik satu posting di akaun Instagram miliknya.

Tetapi yang anehnya menerusi ruangan kapsyen pada gambar tersebut, Kiera hanya sebut nama Hani, Fadila dan Shazana sahaja. Macam mana pula dengan Sara?

Apa sebenarnya yang membuatkan Kiera seperti tidak berpuas hati dengan Sara? Sehinggakan dia tidak menyebut langsung nama Sara di dalam kapsyen tersebut?

Bagi netizen pula, gelaran juara sepatutnya milik Fadila Mohd. Nor, wakil Negeri Sembilan. Kononnya soalan yang diberikan kepada Sara itu sangat mudah bagi graduan Asasi Psikologi Ekonomi dan Matematik sepertinya.

“Negeri manakah yang merupakan negeri-negeri Melayu Bersekutu?” soal Alif Sattar sebagai pengacara.

Dengan mudah sekali, soalan itu dapat dijawab Sara dan sekali gus membuatkan dia bergelar juara rancangan itu.

Bukan setakat kemenangan Sara sahaja dipertikaikan, malah jawapan yang diberikan oleh Hani Nazrina Hanizar (Hani) dari Perlis juga ditertawakan oleh netizen.

Mana tidaknya, Hani menjawab ‘kaktus’ sebagai jawapan kepada soalan nama saintifik bagi haiwan Raphus Cucullatus. Adakah pokok kaktus merupakan haiwan? Kesilapan apakah yang telah dilakukan oleh Hani?

Maka ramailah netizen menghentam gadis graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu. Mungkin Hani berasa gementar dan itu membuatkan dia tersalah memilih jawapan.

Program realiti tv Clever Girl merupakan satu-satunya program yang sentiasa menjadi ‘panas’ setiap minggu. Ada sahaja drama kontroversi yang terjadi dan banyak perkara yang tidak dijangka telah berlaku.

Juga: Video: ‘Bocor’ Lagi Di Clever Girl Malaysia

Contohnya ketika Shazana Kamarzaman yang merupakan wakil dari negeri Selangor menjadi bualan hangat sebelum ini apabila dia telah menjawab dengan betul walaupun soalan belum habis dibaca.

Malam tadi, Shazana dikatakan telah sempat memberi ucapan tahniah in advance kepada Sara apabila dia tersingkir pada pusingan pertama.

Apakah sebenarnya yang terjadi? Kenapa sampai ramai sangat yang mempertikaikan kemenangan Sara? Adakah disebabkan posting Kiera yang pernah tular sebelum ini.

Ramai maklum dia geram sehingga menggelar Sara sebagai ‘rabbit’ kerana dikatakan konon menipu dan mendapat soalan bocor dari produksi Clever Girl?

Harap-harap selepas habis saja program ni, dah tak ada lah lagi ‘perang’ di Instagram ataupun di Twitter yang mengatakan kononnya program Clever Girl telah dirancang awal.

Move on saja lah. Kalau yang banyak bunyi tu, tahun depan jangan lupa untuk cuba uji bakat masuk Clever Girl Musim Ketiga pula ya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: clever girl 2017juaraPerak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Inilah Himpunan Paling Hipokrit Pembangkang

Next Post

MTEM Gesa Tolak Permohonan 100% Pekerja Asing

Related Posts

Penyamun Berparang Di Muar Diberkas Di Sungkai, Perak

Penyamun Berparang Di Muar Diberkas Di Sungkai, Perak

21/12/2024
0

MUAR - Dua lelaki dan seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata parang di Taman Sri Treh di Muar,...

Kerajaan Akan Laksanakan Pembenihan Awan Di Perak, Kedah

Kerajaan Akan Laksanakan Pembenihan Awan Di Perak, Kedah

28/07/2024
1

SHAH ALAM - Kerajaan akan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di negeri Perak dan Kedah pada 29 hingga 31 Julai...

Next Post

MTEM Gesa Tolak Permohonan 100% Pekerja Asing

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd