• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SAM Gesa Projek Tambak Laut Di P.Pinang Dihentikan

oleh AK-47
05/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan persekutuan mengambil tindakan tegas menghentikan segera semua cadangan projek tambakan laut di Pulau Pinang yang jelas mengancam alam sekitar dan kehidupan nelayan di negeri ini.

Pengawai Luar Bandar SAM, Zulkifli Ahmad berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini memberi jaminan kerajaan persekutuan tidak akan meluluskan sebarang projek tambak laut sekiranya tidak mesra alam dan merugikan rakyat.

“Tetapi tiada sebarang jaminan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang bahawa projek itu tidak mengancam alam sekitar dan nelayan.
“Jadi SAM mahu kerajaan pusat membuat keputusan untuk membatalkan projek-projek itu kerana ia jelas menyusahkan kehidupan nelayan malah hasil tangkapan mereka juga merosot teruk sehingga 70 peratus dan sumber perikanan juga semakin pupus,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mendakwa sisa lumpur dari kawasan penambakan telah mencemarkan pantai malah pukat nelayan turut musnah dan antara kawasan yang terjejas teruk ialah Tanjong Tokong, Sungai Gelugor, Batu Uban, Persiaran Gurney serta Queensbay.

“SAM kesal dan bimbang berhubung ancaman berterusan ke atas kehidupan lebih 4,000 nelayan pantai Pulau Pinang berikutan projek tambak laut yang sedang dan akan dilaksanakan itu malah pelbagai bantahan juga tidak pernah dipedulikan kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, seorang nelayan tempatan Mohamad Maidin Hamid, 63, berkata beliau mewakili kaum nelayan kesal dengan kerajaan negeri Pulau Pinang dan pemaju kerana lepas tangan dan mengabaikan keselamatan nelayan apabila tidak memasang lampu di kawasan projek tambakan laut.

Beliau berkata bot dan pukat miliknya rosak apabila tersangkut pada boya di kawasan projek tambak laut di Queensbay menyebabkan kerugian lebih RM2,500.

“Saya telah membuat laporan polis berhubung perkara itu dan laporan kepada kerajaan negeri serta pemaju projek itu…saya minta mereka lebih bertanggungjawab serta menjaga kebajikan nelayan dan tidak hanya mementingkan keuntungan projek semata-mata,” katanya.

Kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ini mengumumkan projek mega tambakan laut seluas lebih 1,800 hektar di Permatang Damar Laut. Projek bernilai RM46 bilion yang bertujuan membina tiga pulau buatan itu, dilapor menjejaskan nasib lebih 1,500 nelayan tradisional di kawasan berkenaan. – BERNAMA

Tags: Projek Tambak LautsamZulkifli Ahmad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Persatuan Nelayan Harap Anwar Dengar Rayuan Batalkan Projek Tambak Laut

Persatuan Nelayan Harap Anwar Dengar Rayuan Batalkan Projek Tambak Laut

27/11/2022
0

GEORGE TOWN : Persatuan Nelayan Pulau Pinang (PenMutiara) berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendengar rayuan komuniti nelayan...

Projek Tambak Laut: 3 MP Melaka Hantar Surat Bantahan Ke JAS

27/12/2021
0

Tiga ahli parlimen Melaka telah menulis surat kepada Jabatan Alam sekitar (JAS) untuk menyuarakan bantahan terhadap penambakan laut seluas 300...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd