• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saling Melengkapi Rahsia Kejayaan Kembar Seiras

oleh Ahmad Albab
15/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERI ISKANDAR – Saling melengkapi antara satu sama lain sejak dari kecil merupakan rahsia kejayaan pasangan kembar seiras, Syed Amirul Alwi dan Syed Amarul Adli Syed Mohd Zaki, 23, yang berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan sama di Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Pasangan kembar seiras yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia merupakan sebahagian daripada 1,250 graduan Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana serta Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan sains; kejuruteraan dan teknologi yang diraikan pada majlis Konvokesyen ke-17 UTP di sini, hari ini.

Berasal dari Kuala Terengganu dan merupakan anak sulung serta kedua daripada lima beradik, pasangan kembar itu berkata konvokesyen hari ini adalah hari paling bersejarah bagi mereka selepas melanjutkan pengajian selama lima tahun di universiti berkenaan.

“Sejak tadika kami ditempatkan dalam satu kelas sehingga di universiti, kami tak pernah berpisah. Kami sentiasa mengulang kaji pelajaran bersama-sama hampir setiap malam bersama rakan yang lain.

“Bagaimanapun, saya terlebih dahulu mendapat pekerjaan sebagai jurutera di Petronas, manakala adik ( Syed Amarul Adli) masih lagi menunggu tawaran pekerjaan dari mana-mana syarikat,” kata Syed Amirul Alwi ketika ditemui Bernama pada majlis konvokesyen itu di sini, hari ini.

Terdahulu, Pro Canselor UTP Tan Sri Sidek Hassan dalam ucapannya berkata graduan perlu sentiasa mengingati dan mengamalkan nilai positif yang telah diterapkan di universiti itu.

Beliau berkata integriti dan akauntabiliti adalah dua elemen yang harus menjadi keyakinan asas bagi membimbing setiap tindakan mereka.

“Anda (graduan) mesti selalu ingat bahawa di tempat kerja akan ada banyak pilihan untuk melakukan apa yang betul dan salah. Ingatlah bahawa kami bertanggungjawab terhadap tindakan kami.

“Sebagai duta UTP, anda membawa nama dan reputasi kami. Jadikan kami, keluarga dan negara kita bangga,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UTP Datuk Dr Abdul Rahim Hashim berkata lebih 90 peratus ahli akademik universiti itu menerima dana bagi melaksanakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan daripada pelbagai agensi dan dilantik sebagai penyelidik utama bagi projek penyelidikan.

Abdul Rahim berkata bagi mengukuhkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan di UTP, enam institusi penyelidikan dalam bidang pengkhususan telah ditubuhkan iaitu ‘Transport Infrastructure’, ‘Containment Management’, ‘Self Sustainable Building’, ‘Hydrocarbon Recovery’, ‘Health Analytics’ dan ‘Autonomous Systems’.

“Adalah menjadi harapan kami di UTP agar penubuhan institusi penyelidikan tersebut dapat menyemarakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan berimpak tinggi bagi menjana teknologi baharu yang memberi manfaat kepada masyarakat.

“UTP akan terus melaksanakan pelbagai transformasi bagi memastikan segala cabaran dapat ditangani dengan penuh bijaksana dan terancang agar kelestarian universiti ini dapat dikekalkan seterusnya melahirkan graduan yang inovatif, mantap dan tangkas,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rahim berkata pada tahun ini Yayasan UTP memperuntukkan bantuan kewangan berjumlah RM7 juta kepada 528 pelajar yang memerlukan serta sejumlah RM16 juta diperuntukkan untuk biasiswa kepada 108 pelajar yang layak. – BERNAMA

Tags: KejayaanUTP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

50 Peratus Pusat Tahfiz Di Malaysia Tak Selamat

Next Post

Video: Nak Swafoto Punya Pasal…

Related Posts

JDT Tidak Pernah Puas Dengan Kejayaan – TMJ

JDT Tidak Pernah Puas Dengan Kejayaan – TMJ

13/03/2023
0

Kuala Lumpur : Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim akui kelab itu tidak pernah puas dengan kejayaan...

LHDNM Sebuah Kisah Kejayaan Negara

LHDNM Sebuah Kisah Kejayaan Negara

26/06/2022
0

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mendapat pujian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kewangan, Datuk Seri...

Next Post

Video: Nak Swafoto Punya Pasal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd