• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saharul Ridzwan Simpan Hasrat Jadi Pakar Motivasi

oleh
22/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WALAUPUN agak lama berada dalam dunia seni tetapi nama Saharul Ridzwan mula meningkat naik menerusi watak Tengku Zaril dalam drama adaptasi novel, Hati Perempuan di slot Akasia TV3.

Selepas berjaya melebarkan sayap dalam dunia lakonan, terbaharu pelakon kelahiran Pahang ini berkongsi impian untuk menjadi pakar motivasi pula.

Saharul Ridzwan atau nama sebenarnya, Mohd. Saharul Ridzwan Hashim berkata dia menyimpan hasrat untuk menceburi bidang pendidikan dengan menjadi ahli motivasi.

Selain itu, figura kacak ini turut memberitahu bahawa dia menyimpan keinginan bertemu pelakon, Fizo Omar untuk menimba ilmu yang baru dan berguna.

“Saya banyak mendapat tawaran memberi ceramah di universiti dan kolej tempatan, jadi mengapa tidak mencuba.

“Namun, untuk memberi ceramah, kita perlu ada ilmu. Jadi saya mahu menimba ilmu sebelum melakukannya.

“Kalau boleh, saya mahu bertemu dengan Fizo Omar dan belajar dengannya. Namun, belum berkesempatan lagi,” katanya dipetik BH Online.

Dalam pada itu, Saharul memberitahu dia juga ingin menangkis persepsi negatif masyarakat yang beranggapan golongan artis merupakan kelompok dikatakan tidak berpendidikan tinggi.

“Orang ramai tidak tahu artis sebenarnya berpendidikan. Lihat saja Soo Wincci yang bergelar doktor, bukan dia seorang saja, ada ramai lagi.

“Oleh itu, saya mahu ubah persepsi kononnya selebriti lemah dalam bidang pendidikan,” katanya.

Sementara itu, difahamkan Saharul sebelum ini pernah mengikuti pengajian dalam bidang teknologi penyelenggaraan pesawat tetapi tidak dihabiskan.

Sehubungan itu, pelakon berusia 28 tahun ini terfikir untuk meneruskan dan menghabiskan program pengajian yang sama suatu hari nanti.

“Saya mahu teruskan pengajian itu. Saya fikir macam rugi saja berhenti dulu sebab jiwa saya masih dalam bidang itu,” ujarnya dengan teruja.

Dalam perkembangan lain, dia bakal bertemu komposer, Ajai bagi menyelesaikan projek penghasilan single pertamanya, Buku Putih selepas sesi penggambaran drama, Zahir Tak Terucap selesai. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Fizo OmarSaharul Ridzwan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Betul Ke AR Badul Sudah Kahwin Lagi Satu?

Next Post

Tebing Gunung Kinabalu Tiba-Tiba Runtuh Besar

Related Posts

Fizo Omar Pilih Fazeera Sebagai Suri Hatinya

22/10/2021
0

PELAKON, Fizo Omar, 36, melangsungkan pernikahan dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Azrai, 25, yang diadakan secara tertutup di Bidaisari Resort,...

Badan Ketul-Ketul Pun Pakai ‘Gloves’ Ke Abang?

19/03/2020
0

PELAKON Saharul Ridzwan kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang mengambil mudah mengenai bahaya wabak Covid-19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan...

Next Post

Tebing Gunung Kinabalu Tiba-Tiba Runtuh Besar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd