KUALA LUMPUR – Saham YTL Corporation Bhd rendah sedikit hari ini susulan kematian pengasasnya, Tan Sri Yeoh Tiong Lay semalam.
Pada 2 petang hari ini, saham YTL susut satu sen kepada RM1.36 dengan 1.86 juta saham diniagakan.
Kumpulan syarikat YTL bermula sebagai sebuah syarikat pembinaan di Kuala Selangor pada 1955 dan bertukar menjadi pemaju prasarana bersepadu dengan operasi antara lainnya terdiri daripada penjanaan kuasa (dalam kedua-dua pasaran kontrak dan pedagang), perkhidmatan air dan pembetungan, pelbagai utiliti dagang, komunikasi, contrak pembinaan, pembangunan hartanah dan pelaburan. – BERNAMA