PENYANYI popular dari seberang, Datuk Rossa menafikan khabar angin mengatakan dia sudah bertunang dengan kekasihnya, penyanyi Afgan.
Spekulasi itu timbul selepas pemilik nama sebenar Rossa Roslaina Sri Handayani, 39, itu ‘menayang’ cincin yang dipakai ketika bergambar bersama Afgan. di laman Instagram miliknya, kelmarin.
“Mana ada bertunang, memang hari itu saya dan Afgan ada bergambar menggunakan aplikasi Boomerang.
“Cincin yang dilihat adalah cincin yang selalu saya pakai. Soal bertunang hanya tanggapan orang saja, sebaliknya tidak,” katanya kepada Tribunnews.com.
Kata Rossa, dia tidak sangka aksinya melambaikan cincin mengundang salah faham di kalangan peminat.
Hubungan istimewa Rossa dan Afgan sering menjadi perbualan hangat sehingga ramai yang beranggapan mereka bakal menjejakkan kaki ke gerbang perkahwinan dalam masa terdekat ini.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka selesa meletakkan hubungan itu sekadar kawan baik dan tidak lebih daripada itu. – MYNEWSHUB.CC