• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rompak: Penghantar Surat Dipenjara 8 Tahun, 2 Sebatan

oleh AK-47
13/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penghantar surat dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas didapati bersalah merompak seorang wanita sehingga mangsa mengalami trauma dan ketakutan selepas kejadian itu.

Hakim Shamsudin Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Noorhisham Saifful Mohd, 25, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap lelaki itu selepas didapati bersalah menyebabkan kecederaan ke atas seorang pengawal keselamatan warganegara India dan memerintahkan tertuduh menjalani kedua-dua hukuman penjara itu serentak bermula hari ini.

Bagi pertuduhan pertama, Noorhisham bersama seorang yang masih bebas didakwa merompak beg tangan milik penjual jubin, Kee Siok Kuen, 38, di hadapan sebuah rumah, di Taman Sejahtera, di sini pada 7.15 malam, 1 Dis tahun lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh bersama seorang rakan yang masih bebas didakwa menyebabkan kecederaan ke atas Ravinder Kurma, 27, dengan menggunakan cota dan batang besi yang boleh menyebabkan kematian di tempat, masa dan tarikh sama.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak mengulangi kesilapan sama pada masa akan datang.

“Mangsa pertama telah mengalami trauma dan sering berasa takut selepas kejadian itu manakala mangsa kedua pula mengalami kecederaan dan telah menerima beberapa jahitan,” katanya.

Tertuduh yang diwakili peguam M. Mathavan memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya menanggung empat anak termasuk dua anak tiri dengan pendapatan RM1,300 sebulan.

Seramai 10 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan termasuk tertuduh dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada 30 Mac lalu. – BERNAMA

Tags: dipenjaraRompak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

11/08/2025
0

MELAKA – Seorang pengait sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan melakukan rompakan ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd