• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM3.5 Bilion Semarak Industri Pelancongan

oleh AK-47
27/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan akan menyediakan dana RM3.5 bilion bagi menyemarakkan lagi industri pelancongan negara bagi tahun 2018, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sewaktu membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata kerajaan menjangkakan sekitar 28 juta pelancong akan melakukan lawatan ke Malaysia pada tahun hadapan.

“RM2 bilion diperuntukkan kepada Tabung Pelancongan Perusahaan Kecil Sederhana sebagai pengusaha pelancongan dengan insentif subsidi dua peratus, dan menambah RM1 bilion kepada Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan sebagai pinjaman mudah.

“RM500 juta lagi diperuntukkan bagi program pembangunan dan promosi pelancongan melalui kemudahan infrastruktur pelancongan, inap desa dan program ekopelancongan,” kata Najib, yang juga Menteri Kewangan.

Menurutnya, sektor pelancongan kini merupakan antara penjana pendapatan utama negara, dan fakta itu disokong laporan Pertubuhan Pelancongan Dunia (WTO) bahawa pada 2016, Malaysia adalah negara ke-12 paling ramai dikunjungi pelancong dari seluruh dunia.

Menerangkan lanjut, Najib berkata, kerajaan akan memperluaskan hab serantau eVisa bagi memudahkan permohonan visa di seluruh dunia, terutama kepada ekspatriat, pelajar asing dan program ‘Malaysia Rumah Kedua Ku’.

Selain itu, katanya, kerajaan juga akan melanjutkan galakan cukai bagi pelaburan hotel baharu bertaraf empat dan lima bintang sehingga 31 Dis 2020, dan galakan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat pengendali pelancongan sehingga tahun taksiran 2020.

Bagi memperkukuhkan lagi industri pelancongan kesihatan sebagai sumber pendapatan negara, Najib berkata, kerajaan akan menyediakan ‘end-to-end service’ kepada pelancong kesihatan ke Malaysia.

“Bagi hasrat ini, RM30 juta disediakan kepada Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) untuk melaksanakan, antara lain – mempromosi Malaysia sebagai “Hab Rawatan Kesuburan, termasuk IVF (pembenihan in-vitro), dan Kardiologi Asia” – yang akan diperluaskan dengan kemudahan eVisa dan pakej perkhidmatan kesihatan bernilai tinggi.

“(Kerajaan Persekutuan) akan memperkenalkan Program Hospital Pelancongan Perubatan Terunggul yang menawarkan insentif khusus kepada hospital swasta bagi menarik pelancong kesihatan,” katanya, sambil menambah, galakan elaun cukai pelaburan sebanyak 100 peratus dilanjutkan sehingga 31 Dis 2020.

Perdana Menteri berkata, Kerajaan Persekutuan juga akan mengenakan potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan mendapatkan pensijilan kualiti daripada badan pensijilan akreditasi, bagi perkhidmatan pergigian dan ambulatori yang berdaftar.

Selain itu, katanya, insentif khas pengecualian cukai dinaikkan daripada 50 peratus kepada 100 peratus dari nilai peningkatan eksport, bagi perkhidmatan jagaan kesihatan swasta sahaja, mulai tahun taksiran 2018 hingga 2020.

Beliau turut mengisytiharkan tahun 2020 sebagai Tahun Melawat Malaysia, di mana Malaysia akan menjadi tuan rumah antaranya kepada Forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), Kongres Dunia mengenai Teknologi Maklumat (WCIT), dan Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM). – BERNAMA

\

Tags: Bajet 2018Industri Pelancongan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Kos Tunai Umrah: Industri Pelancongan Bersifat Pasaran Bebas – MATTA

Kenaikan Kos Tunai Umrah: Industri Pelancongan Bersifat Pasaran Bebas – MATTA

27/01/2023
0

KUALA LUMPUR : Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) akan terus memantau dan menjalin kerjasama dengan agensi berkaitan bagi...

Industri Pelancongan Tempatan Dijangka Rugi RM100 Bilion

14/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan menjangka kerugian RM100 bilion untuk industri pelancongan tempatan tahun ini selepas berlaku gelombang ketiga Covid-19.  Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd