• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM3.5 Bilion Pemerkasaan Bumiputera

oleh AK-47
27/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM3.5 bilion bagi melaksanakan pelbagai inisiatif berkaitan pemerkasaan Bumiputera pada tahun hadapan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, sebahagian besar daripada jumlah itu, iaitu RM2.5 bilion diperuntukkan untuk biasiswa pengajian tinggi dan latihan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), yang akan memanfaatkan hampir 90,000 pelajar termasuk 1,500 dalam bidang kritikal seperti ‘artificial intelligence’, signalling dan rel.

“RM90 juta (diperuntukkan) bagi Program Peneraju Profesional, Skil dan Tunas, memanfaatkan hampir 8,000 orang, RM200 juta untuk MARA Graduate Employability Training Scheme dan RM555 juta untuk Program Peningkatan Keusahawanan Bumiputera.

“Bagi meningkatkan pegangan ekuiti dan pelaburan dalam sektor strategik, RM150 juta diperuntukkan kepada Pelaburan Hartanah Berhad dan RM150 juta kepada Ekuinas,” katanya semasa membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, bagi meningkatan taraf hidup dan pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli, beliau berkata sebanyak RM50 juta disediakan, meliputi program bantuan makanan komuniti yang memanfaatkan hampir 5,000 pelajar dari masyarakat itu.

Selain itu, katanya sebagai insentif kepada anak Orang Asli yang berjaya, kerajaan juga akan memberi bantuan sebanyak RM3,000 kepada ibu bapa sebagai perbelanjaan persediaan anak-anak mereka memasuki institusi pengajian tinggi.

” Selanjutnya, Program Pembangunan Bersepadu perkampungan Orang Asli juga diteruskan dengan peruntukkan sebanyak RM60 juta,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd