• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rehat Cukup Bantu Nur Durriyah Serap Tekanan

oleh AK-47
26/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rehat yang baik dan tidur secukupnya membantu Nur Durriyah Damian untuk menyerap tekanan ketika beraksi pada pusingan pertama Kejohanan Golf Persatuan Golf Profesional Wanita (LGPA) Malaysia 2017 di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara, hari ini.

Pemain berusia 22 tahun itu kembali beraksi pada kejohanan berkenaan sebagai pemain profesional buat kali pertama.

Dalam saingan berlangsung di ‘East Course’ TPC Kuala Lumpur itu, Nur Durriyah berjaya menamatkan saingan dengan berkongsi kedudukan ke-41 selepas mencatat satu atas par 72, bersama-sama pemain nombor satu dunia Ryu So-yeon serta dua pemain amatur negara, Natasha Andrea Onn dan Winnie Ng.

Bagaimanapun, beliau mengakui mampu mencatat keputusan lebih baik selepas melakukan birdie pada lubang keempat, enam dan 10, namun kesilapan double bogey di lubang ke-17 mengakibatkan beliau terpaksa berpuas hati dengan keputusan tersebut.

“Saya rasa saya bermain agak baik sejak di lubang pertama kerana saya tidak rasa tertekan hari ini, namun di lubang ke-17 pukulan saya tidak begitu bagus tetapi saya berjaya melakukan par pada lubang terakhir dan saya berpuas hati,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, Natasha Andrea berpuas hati dengan keputusan hari ini selepas beraksi dalam keadaan cuaca panas terik.

Pemain berusia 16 tahun itu mempamerkan prestasi memberangsangkan pada penampilan pertamanya pada kejohanan itu dengan melakukan birdie di lubang pertama, 10, 12 dan 17, namun gagal mengekalkan rentak permainan selepas melakukan double bogey pada lubang ke-14.

“Prestasi saya agak goyah hari ini, tambahan pula beraksi dalam keadaan cuaca sangat panas. Saya membuat pukulan birdie di lubang pertama dan kemudian melakukan bogey, jadi prestasi saya seperti naik turun.

“Saya sepatutnya boleh melakukan dengan baik berdasarkan prestasi hari ini. Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan keputusan hari ini, memandangkan prestasi buruk saya hanya pada satu lubang sahaja,” katanya.

Natasha berkata beliau akan berusaha mengekalkan rentak permainan pada baki tiga pusingan pada kejohanan berkenaan.

“Saya tidak meletakkan sebarang sasaran. saya hanya mahu mengekalkan rentak permainan dan berharap dapat mempamerkan prestasi terbaik,” katanya.

Sementara itu, pemain golf wanita terbaik Malaysia Kelly Tan mencatat 11 atas par 82 untuk berada di kedudukan tercorot pada kejohanan tersebut. – BERNAMA

Tags: Nur Durriyah Damian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd