• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rancangan Bina PPR Untuk Bekas Pekerja Ladang

oleh Ahmad Albab
15/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJONG KARANG – Masalah perumahan yang dihadapi kira-kira 300 bekas pekerja dua buah ladang di sini mendapat perhatian Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang kini sedang dalam perbincangan untuk membina kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk golongan itu.

Menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar berkata sebuah syarikat perladangan di Bestari Jaya telah bersetuju untuk memberikan tanah seluas 5.2 hektar kepada kementerian bagi tujuan itu.

“Pekerja ladang ini ketika bekerja mereka menetap di kuarters yang disediakan oleh majikan, bila mereka tua dan tidak lagi mampu bekerja di ladang itu mereka perlu keluar dari kuarters berkenaan.

Ini perkara biasa bagi mana-mana syarikat yang menyediakan rumah untuk pekerja, malah (kakitangan) kerajaan juga sama, perlu mengosongkan kuarters apabila bersara atau berhenti kerja,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan Deepavali kepada penduduk sekitar Bestari Jaya di sini hari ini.

Noh berkata demikian ketika mengulas isu penempatan yang dihadapi bekas pekerja Ladang Mary dan Ladang Sungai Tinggi, dekat sini.

Noh bagaimanapun berkata beliau tidak dapat memberikan tarikh bila projek perumahan PPR itu boleh dimulakan kerana ia perlu mematuhi beberapa syarat antaranya pertukaran status tanah dari tanah pertanian kepada tanah perumahan dan permindahan hak milik tanah terlebih dahulu.

“Tapi hal ini telah saya usulkan sebagai salah satu keperluan kementerian untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan 2018,” katanya.

Mengulas tentang jumlah kehadiran peserta di perhimpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi di Petaling Jaya semalam, Noh berkata ia menunjukkan rakyat telah bosan dengan permainan politik pembangkang.

“Rakyat kini boleh menilai sendiri pendirian politik pembangkang yang sentiasa berubah-ubah serta tuduhan-tuduhan yang tidak berasas yang dilontarkan kepada kerajaan pusat pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Media hari ini melaporkan polis menganggarkan hanya 4,000 orang hadir, jauh daripada 100,000 peserta yang disasarkan penganjur. – BERNAMA

Tags: PPRTan Sri Noh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Bina, Naik Taraf PPR – Onn Hafiz

Johor Bina, Naik Taraf PPR – Onn Hafiz

23/08/2022
0

JOHOR BAHRU : Johor akan membina dan menaik taraf Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negeri dalam usaha meningkatkan kesejahteraan...

KWP Cadang Bina Parkir Bertingkat Di PPR Seri Anggerik

19/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bercadang membina parkir bertingkat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Anggerik, Jalan Klang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd