• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PyeongChang 2018 Sedia Sambut Lebih Sejuta Pelawat

oleh AK-47
16/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PYEONGCHANG – Bandar PyeongChang, sekitar 180km dari Seoul, sudah bersedia untuk menyambut kunjungan lebih sejuta pelawat apabila membuka tirai Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 , Februari depan disusuli Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2018 pada bulan berikutnya.

Terletak di wilayah Gangwon, PyeongChang dengan kepadatan penduduk lebih 40,000 orang, merupakan bandar ketiga selepas Sapporo,Jepun (1972) dan Nagano, Jepun (1998) dipilih sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk di rantau Asia.

Visi ‘New Horizons’ yang menghimpunkan generasi muda di pentas terbesar Asia bakal membuka lembaran baharu dalam sukan dwitahunan itu serta mencipta warisan baharu yang mampan untuk wilayah Gangwon dan negara republik itu.

Slogan ‘Passion, Connected’ dipilih melatari penganjuran sukan yang membawa maksud simbol semangat tanpa melupakan keindahan budaya tradisional dan moden negara itu yang dihubungkan dengan teknologi canggih yang merentasi generasi.

Menurut Pengurus Projek pasukan Perhubungan Awam, Jawatankuasa Penganjuran Wow! PyeongChang 2018, Jinsoo Lim venue pertandingan di PyeongChang, Jeongseon dan Gangneung yang serba moden sudah dilengkapi dengan sistem teknologi paling canggih.

Bercakap kepada wartawan ASEAN di sini, Lim berkata berkata enam venue sedia ada telah diubahsuai dan tujuh venue baharu termasuk Plaza Olimpik PyeongChang menawarkan persekitaran dan kemudahan yang terbaik sewajarnya dengan sambutan temasya sukan musim sejuk terhebat dunia.

Kumpulan wartawan kini mengikuti lawatan sembilan hari ke Korea Selatan dari 12 Okt di bawah Program Pertukaran Lawatan Media ASEAN-Korea.

Lim berkata Plaza Olimpik PyeongChang merupakan venue untuk majlis perasmian dan penutupan temasya sukan itu manakala lapan lagi venue pertandingan iain ialah Gugusan Pergunungan PyeongChang dan lima di Gugusan Perairan Pantai Gangneung.

Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 akan berlangsung dari 9 hingga 25 Feb manakala temasya Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2018 akan diadakan dari 9 hingga 18 Mac depan.

Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) dengan kapasiti 6,000 orang terletak di PyeongChang manakala dua Perkampungan Sukan iaitu PyeongChang menyediakan 600 bilik penginapan atlet dan pegawai dan 922 bilik di Gangneung.

​​​​​​​Sebagai persediaan sistem pengangkutan, Lim berkata jawatankuasa penganjur telah merancang sistem yang mudah dan cekap untuk semua atlet dan penonton dari dalam dan luar negara.

Sistem pengangkutan tersebut termasuk perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan Gangneung dengan kekerapan 51 perjalanan sehari dengan purata harian 20,910 penumpang.

PyeongChang memenangi bidaan kali ketiga untuk menganjurkan temasya sukan itu pada 6 Julai 2011 selepas kalah kepada Vancouver, Kanada untuk edisi 2010 dan Sochi, Rusia bagi edisi lepas 2014.

Korea Selatan memilih ‘Soohorang’ dan ‘ Bandabi’ sebagai maskod rasmi untuk temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk ini.

Soohorang adalah harimau putih yang dipercayai merupakan penjaga negara Korea. Bandabi pula adalah asiatic beruang hitam yang mempunyai bulan simbol bulan sabit di dadanya mewakili keberanian dan kekuatan orang Korea.

Dalam pada itu, peserta luncur ais negara, Julian Yee menjadi atlet pertama Malaysia yang layak beraksi di PyeongChang selepas meraih tempat keenam pada pertandingan Trofi CS Nebelhorn ke-49 di Jerman, September lepas.

Atlet berusia 20 tahun dari Petaling Jaya, yang berada di kedudukan ke-38 dunia, melakukan catatan keseluruhan terbaik menerusi himpunan 220.67 mata, sekali gus memecahkan rekod peribadi 220 mata yang dirakamkan pada tahun lalu. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

KPT Tiada Kaitan, Tidak Setuju Pengiktirafan UEC?

KPT Tiada Kaitan, Tidak Setuju Pengiktirafan UEC?

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak mempunyai kaitan dengan cadangan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat kemasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd