• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Protes Oktoberfest, Jamal Pecah Botol Arak Depan SUK

oleh AK-47
05/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pemimpin kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md. Yunos mencetuskan sensasi di hadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor sebagai tanda bantahan terhadap festival arak Oktoberfest.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu turut hadir membawa beberapa buah peti arak jenis bir di hadapan pagar bangunan tersebut di seksyen 14, yang ditutup sebaik sahaja beliau tiba pada kira-kira pukul 10 pagi, Khamis.

“Hari ini saya mahu membawa semua bir ini ke pejabat Azmin Ali (Menteri Besar Selangor).

‘Dia dan geng dia boleh minum sebanyak mana yang mereka mahu di dalam (pejabat itu) tetapi bukan di luar,” kata Jamal.

Jamal dan pengikutnya kemudiannya ‘memunggahkan’ peti-peti arak itu di hadapan pintu pagar bangunan SUK dan bertindak memecahkan kesemua minuman keras itu menggunakan penukul.

Kesemua peti dan botol bir itu ditampal dengan logo bertulis “The Better Beer Festival 2017” bagi melindungi jenama minuman berkenaan.

Selepas memecahkan botol-botol bir tersebut, Jamal terus masuk ke dalam kenderaannya tanpa sebarang suara.

Seorang pegawai keselamatan daripada pejabat kerajaan negeri kemudiannya mengejar Jamal dan memberitahu pengikutnya bahawa mereka tidak boleh meninggalkan sisa botol pecah di luar pintu pagar bangunan itu.

Bagaimanapun, Jamal dan kumpulannya tidak mempedulikan arahan lelaki itu dan terus meninggalkan lokasi tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Azmin AliDatuk Jamal Md Yunosoktoberfest
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rapid KL Buat Perubahan Untuk 3 Laluan Bas Di Cheras

Next Post

MyCCSkills Ketengahkan Bakat Pelajar

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

Next Post

MyCCSkills Ketengahkan Bakat Pelajar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd