• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Realiti, Ratu Cantik Promosi Langkawi

oleh AK-47
16/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Usaha penggalakan pelancongan di Langkawi akan dirancakkan dalam tempoh dua bulan akan datang melalui dua aktiviti antarabangsa, penggambaran program realiti televsiyen dan pertandingan ratu cantik Miss Tourism International 2017 peringkat separuh akhir.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) Datuk Azizan Noordin berkata program realiti itu yang bertajuk ‘Differences Aside’, akan diterbitkan rangkaian televisyen kabel antarabangsa, CNN, dengan kerjasama Travel Leisure Channel (TLC).

“Program realiti ini mempunyai keunikan tersendiri apabila sembilan pesertanya dari beberapa negara akan melakukan pelbagai aktiviti pelancongan yang tersedia di Langkawi,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam bersama pengusaha pelancongan di sini, malam tadi.

Peserta program itu adalah dari Amerika Utara, United Kingdom, Kazakhstan, China, Jepun, India, Emiriah Arab Bersatu, Australia dan Malaysia.

Azizan berkata kesemua peserta dan kru penerbitan akan berada di pulau ini mulai 4 hingga 19 Nov dan beberapa lokasi menarik dipilih bagi sesi penggambaran program itu, yang dijangka disiarkan antara November tahun ini dan Januari 2018.

“Ia merupakan program unik yang mengadaptasi aktiviti pencarian harta karun dan pemilihan Langkawi sebagai latar belakang kepada program ini akan mempromosinya sebagai destinasi pulau pelancongan,” katanya.

Sementara itu, Azizan berkata Lada sedang berusaha untuk mencipta satu lagi rekod baharu Malaysia sebagai tuan rumah pertandingan separuh akhir edisi ke-20 Miss Tourism International dari 30 Nov hingga 2 Dis.

“Kami sedang berusaha untuk mencipta rekod baharu pentas peragaan di altitud tertinggi selepas berjaya mencipta dua rekod Malaysia, masing-masing untuk persembahan Silat dan Tai Chi, ” katanya.

Beliau berkata 60 peserta akan menyertai pertandingan Ratu Cantik itu dan gelaran khas, Langkawi Tourism Ambassadress 2017 akan dianugerahkan kepada peserta terbaik dalam aktiviti yang dianjurkan di sini.

“Setiap peserta mempunyai ramai pengikut dan ia (program Ratu Cantik) akan memperkenalkan Langkawi kepada tidak kurang daripada satu bilion penonton serata dunia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Azizan NoordinPelancongan Langkawi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Langkawi Cadang Bida PATA Travel Mart 2018

17/02/2017
0

LANGKAWI - Langkawi akan membida untuk menjadi tuan rumah Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) Travel Mart 2018, sebuah pameran dan...

Harga Mahal ‘Bunuh’ Industri Pelancongan Langkawi

17/02/2017
0

LANGKAWI - Jumlah kedatangan pelancong ke Langkawi akan merosot jika ada pemain industri pelancongan terus mengambil sikap menaikkan harga perkhidmatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd