• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Politeknik Sultan Mizan Pelawa Kemasukan Walk-In

oleh AK-47
26/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) di sini mempelawa calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Kolej Komuniti, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Mara (IKM) dan lain-lain yang berkelayakan untuk memohon kemasukan ke PSMZA bagi sesi Disember ini secara datang terus mulai hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam PSMZA, Zaharuddin Ab Ghani berkata 10 program yang ditawarkan PSMZA iaitu Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan Mekanikal Am, Diploma Kejuruteraan Mekatronik, Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif), Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Komputer).

“Lain-lain program ialah Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi), Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Diploma Teknologi Digital dan Pra Diploma Sains,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya syarat kemasukan bagi lulusan SPM, calon-calon hendaklah memperoleh tiga kredit serta lulus subjek Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Sejarah.

Beliau berkata bagi lulusan Kolej Komuniti, ILP dan IKM, mereka hendaklah mempunyai sijil tamat latihan atau sijil kemahiran tahap tiga dan satu kredit pada mana-mana subjek SPM.

Zaharuddin berkata untuk tujuan itu pemohon bolehlah datang ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSMZA dengan membawa kad pengenalan dan slip keputusan SPM sebelum tarikh tutup pernohonan pada 30 Nov depan.

Katanya untuk maklumat lanjut, calon-calon boleh menghubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSMZA melalui talian 09-8400899 atau Pegawai Hal Ehwal Pelajar PSMZA Ahmad Tarmizi Muhamad melalui talian 012-9813637. – BERNAMA

Tags: Politeknik Sultan Mizan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd