• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpaskan Kegiatan Edar Pil Ecstasy

oleh Ahmad Albab
22/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di bandar raya ini selepas menangkap empat individu termasuk seorang wanita dan merampas lebih 15,000 pil ecstasy bernilai lebih RM450,000 di sebuah hotel bajet di Setia Tropika, Kempas di sini dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata suspek melibatkan tiga warga tempatan termasuk wanita berkenaan yang masing-masing berusia 26, 29 dan 33 tahun serta seorang rakyat Indonesia berumur 39 tahun.

Mereka ditahan dalam serbuan 1.50 pagi di sebuah bilik di hotel berkenaan dan pemeriksaan polis menemukan 15,046 biji pil ecstacy bernilai hampir RM451,930, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mohd Taib berkata kesemua pil terbabit telah diasing dan dibungkus dalam 15 peket dengan setiap peket seberat 300 gram itu dianggarkan mengandungi 1,000 biji pil ecstasy.

Dalam serbuan itu polis turut merampas 5.08 gram dadah disyaki syabu serta wang tunai RM1,000.

“Mereka dipercayai baru pertama kali melakukan kegiatan tersebut dan siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenal pasti individu lain yang terlibat membekalkan dadah berkenaan kepada mereka,” katanya menambah dadah terbabit dipercayai untuk edaran di premis hiburan di bandar raya ini.

Menurut Mohd Taib ketiga-tiga suspek warga tempatan berkenaan turut positif syabu dan kesemua mereka termasuk lelaki Indonesia tersebut direman sehingga 26 Okt ini bagi membantu siasatan menurut Sekysen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, beliau berkata bagi tempoh Januari hingga 20 Okt lepas, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara berjaya menahan 1,423 individu berkaitan dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.73 juta.

Daripada jumlah yang ditahan itu, 25 orang merupakan warga asing termasuk Singapura, Vietnam, China dan Indonesia. – BERNAMA

Tags: Edar Dadahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd